Bertukar tangan sekali lagi….

Assalamualaikum semua pembaca dan pengunjung blog anak syurgaku…..

Hari ini, pagi ini sekali lagi Aiman Haziq bertukar ibu. Sejak seminggu lepas Aiman Haziq berada di bawah jagaan dan kasih sayang ibu lama, Ibu Aisyah yang menjaga Aiman Haziq sejak mama habis pantang. Oleh kerana sedikit masalah yang pernah mama coretkan, Aiman Haziq atau mama gelar Super Haziq berganti ibu. Hampir 3 tahun ibu Nora mengambil alih menjaga Super Haziq sehinggalah seminggu lepas apabila berlaku sedikit masalah yang tak dapat dielakkan, maka Super Haziq dikembalikan sementara kepada Ibu Aisyah.

Pagi ini, dan sebenarnya sejak beberapa hari yang lalu, mama sentiasa bertanyakan ke mana harus di hantarkan Super Haziq. Mahu kekalkah pada Ibu Aisyah atau kembalikan pada Ibu Nora? Setelah mama pertimbangkan baik buruknya, pro dan kontranya…..mama mengambil keputusan untuk kembalikan Super Haziq di bawah jagaan Ibu Nora atas persetujuan banyak pihak. Semoga masalah yang melanda dapat diselesaikan dengan baik kerana peluang tidak akan datang selalu. Kesempatan yang dilepaskan sukar hendak direbut semula, dalam kata mudahnyalah…..Alhamdulillah, Ibu Aisyah yang telah menjaga anak-anak mama sejak 10 tahun lalu amat memahami situasi mama. Boleh dikatakan Ibu Aisyah adalah orang luar tetapi telah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri malah ada kalanya selesa berbincang dengan Ibu Aisyah tentang banyak perkara yang melibatkan Super Haziq. Mudah-mudahan Super Haziq akan baik-baik saja kerana mama yakin Ibu Nora juga akan menjaga Super Haziq dengan sebaiknya.. Lega sikit hati mama bila nak tinggalkan Super Haziq sekali lagi bila selesainya masalah pengasuh ini. Dapatlah mama fokus dengan apa yang perlu mama lakukan…….hmmmm cabaran ada di mana-mana….

Leave a comment