Bermula perjalanan Aiman Haziq

Lihatlah wajah mulus anak kecil ini. Pasti hati yang gundah mekar ceria. Anak-anak dilahirkan suci, bersih dan menenangkan. Terasa damai bila mencium bayi yang baru lahir. Sekali pandang tiada apa yang berbeza. Tak nampak kelainan apa pun. Cuma sebenarnya suami perasan sesuatu yang saya sebagai ibu pun tak perasan. Apabila dilahirkan, suami terperasan bahawa kedua-dua ibu jari tangan bayi kami ‘tersimpan’. Tidak seperti kebanyakan bayi lain biasanya. Waktu itu, suami tidak pula berasakan apa-apa. Saya sendiri tak perasan bahawa bayi kami mempunyai ‘skin tag’ di kedua-dua belah telinga. Pada waktu ini, hanya kegembiraan yang melingkari hidup kami dengan kehadiran cahayamata ketiga ini. Maklumlah, bukan senang nak dapat selang bunga. Setelah berehat semalaman, badan pun sudah agak kuat. Agaknya kalau orang melihat pun takut, seperti orang yang tidak bersalin, dah boleh berjalan, menikmati kehangatan air suam di bilik air sendiri, menguruskan anak sendiri hanya kerana tidak sabar hendak keluar dari wad. Sempatlah teman-teman sekerja suami datang melawat pada waktu rehat sebelum bayi dibawa pulang ke kampung untuk tempoh berpantang dan berurut selama seminggu.

Seperti biasa, sebelum dibenarkan keluar wad, kesihatan ibu diperiksa. Bayi dipastikan sudah membuang najis barulah di’approve’ untuk meninggalkan wad. Alhamdulillah, tak perlu menunggu lama. Suami pun telah bersedia untuk membawa kami pulang ke kampung. Selesai semua urusan di hospital, kami terus berangkat pulang. Alamak………jalan ‘jem’ lah pulak. Seingat saya waktu  kami keluar dari Hospital Sultan Ismail , jam sudah menunjuk ke angka 4 petang. Keadaan jalanraya yang sesak menyebabkan agak lewat kami sampai ke kampung yang mengambil masa perjalanan kira-kira 3 jam. Biasalah orang-orang lama, bising jugalah kerana membawa bayi dalam waktu maghrib dan kami pula tak sempat singgah di rumah sendiri untuk bermalam. Tak sabar-sabar nak balik kampung. Nampaknya tahankan sahajalah telinga.

Sampai sahaja di rumah, dalam keadaan letih, mama dan bayi pun nak melelapkan mata. Tiba-tiba……mama naik panik bila melihat mata baby mama memandang ke atas, nampak mata putihnya sahaja. Ish kenapa ni???? Mama dah naik risau. Terus beritahu suami keadaan baby dan suami memaklumkan kepada mak. Apa lagi, mak dan abah pun kalut. Apa yang terbayang di kepala ialah panggil Siwo Dahlan, Imam di kampung untuk tengokkan baby. Kiranya dah agak lewat malam waktu itu. Mujur Siwo (panggilan bagi orang Jawa) untuk pangkat pakcik, tak keberatan untuk datang. “Hmm…tak ada apa-apa ni, kena angin ni, biasalah jalan jauh,” kata Siwo Dahlan. Lega hati mendengarnya. Nampak keadaan baby pun dah ok, bolehlah mama melelap mata. Tapi biasalah, mana ada masa nak nyenyak, setiap dua jam baby menyanyi hauskan susu. Bermula jugalah rutin bangun malam mama….alahai…..demi anak sanggup berkorban…..

Hari esoknya jururawat desa datang melawat. Alamak….sekali lagi, baby dikesan ada jaundis pula!!! Tapi tidaklah terlalu tinggi. Jururawat tersebut mengarahkan terus ke hospital sekiranya bacaan kuning terus naik.Akur..akur…Hari ketiga dan keempat berlalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Mama dan ayah pula mula sibuk mencari nama untuk baby kesayangan ni. Macam-macam nama cadangan keluar, Atif Hilmi salah satunya tapi ayah geleng kepala. Hmm…nak letak nama apa ye???? Mama dah mula belek-belek buku pilihan nama-nama dalam Islam, makcik-makcik pun sibuklah mencarikan nama. Tengoklah nama mana paling baik maknanya, nama itulah yang kami akan ambil untuk putera yang seorang ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s