Homeopathi Desa Rahmat

“Sayang, ada kawan abang kata suruh cuba homeopathi di Desa Rahmat,”, kata suamiku suatu hari. “Makan ubat hospital pun sawan Hazziq masih tetap ada,” sambungnya lagi. “Apa kata kita cuba cara ni pula,” cadangnya. “Boleh je bang, kita kena ikhtiar jugak, kesian pada Haziq, makan ubat hospital pun masih begitu,” jawabku ringkas. “Habis tu, ubat hospital tu macam mana, nak berhentikan ke atau nak bagi juga?,’ tanyaku lagi. “Ubat hospital tu kita kurangkan, bagi pun sama, nak berhentikan terus nanti takut makin teruk pulak,” ujar suamiku.

“Abang ingat abang pun nak ambil ubat sekalilah, lutut selalu sakit-sakit,” katanya. “Bagus jugak tu, untuk kita sekeluarga pun ok. Boleh cari ubat untuk Rahimi sekali, dia kan ada asthma. Sayang pun boleh cari ubat untuk badan yang selalu lenguh-lenguh ni,” kataku sambil mengurut perlahan bahu dan tengkuk yang terasa tegang. “Hujung minggu ni kita pergi ye, kita bawa budak-budak sekali,” cadangnya.

Senang sahaja rupanya hendak mencari lokasi klinik homeopathi di Desa Rahmat. Dekat dengan Angsana. Ramai juga pesakit yang mempercayai hasil perubatan alternatif ini. Bila kami sampai di klinik, kami lihat kerusi tempat menunggu agak penuh. Masing-masing menunggu giliran. Mujur ada dua biji kerusi kosong. Dapatlah aku dan ayahnya duduk. Anak-anak dah memulakan aktiviti masing-masing. Berlari ke sana sini. Sambil menunggu, mata sempat juga menjeling ke bilik rawatan. Pintunya separa terbuka. Jelas kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan usia 60an sedang memberikan penerangan kepada dua orang pesakit di hadapannya. “Bilalah giliran Haziq,” hatiku berkata. Lenguh, sakit pinggang dek kerana duduk lama.

Akhirnya sampai juga giliran Haziq. Aku hela nafas lega. Langkah di atur ke dalam bilik. “Kali pertama datang?,” sapa Dr Hj Mohamed sambil bersalaman dengan suami. “Ya,” kami menjawab serentak. “Apa masalah ya,” tanya beliau. Aku pun berceritalah dari A-Z seperti yang biasa apabila doktor bertanya. Dr.Hj hanya mengangguk-anggukkan kepala. Sempat juga kami tunjukkan laporan EEG yang dibuat di Hospital Pakar Puteri satu ketika dulu. Penuh tekun diteliti laporan tersebut.

Beliau tiba-tiba bangun dan menuju ke rak kaca di sebelah kiri mejanya. Kami pun menoleh sama. “Banyaknya botol…” terpacul ayat itu dari mulutku. “Ini semua adalah pati daripada ‘alami’. Kita tidak gunakan dadah halal. Kita lihat pada simptom pesakit baru kita berikan ubat yang sesuai,” jelas Dr.Hj sambil tersenyum. Di atas meja aku lihat ada beberapa buku mengenai perubatan alternatif ini. “Hj, saya tengok buku ni boleh?, tanyaku. “Boleh,” apa salahnya. Helai demi helai aku belek. Terlalu banyak simptom penyakit yang tertulis dalam buku setebal kira-kira 2 inci itu. Terlalu banyak jenis ubat sehingga tak pandai hendak menyebutnya.

Sasaran utama kami sekarang untuk menghentikan masalah tahan nafas Haziq yang sehingga kebiru-biruan. Hj mengambil beberapa botol kecil di atas mejanya. Aku lihat ubatnya sama sahaja. Biji-biji kecil seperti biji sagu dan dengan penuh hati-hati, penutup botol tersebut dibuka. Beberapa titik ubat dimasukkan ke dalam botol tersebut, digoncang-goncang dan ditutup pantas. “Tak mahu molekul-molekul ubat ini terkena udara kerana kesannya akan berkurangan,” jelasnya seolah tahu apa yang bermain di fikiranku. “Nanti balik, pecahkan hingga hancur dan berikan pada Haziq setiap dua jam. Esok boleh jarakkan kepada 4 jam dan hari berikutnya boleh sehingga 3 kali sehari,” jelasnya. “InsyaAllah, kita akan lihat kesannya,”ujar Dr Hj lagi.

Ada beberapa jenis ubat yang perlu dimakan Haziq. Satu untuk masalah semasa, satu untuk menguatkan imuniti badan, satu untuk mengurangkan lendir yang banyak. Aku sendiri sempat juga tumpang sekaki, ambil ubat untuk melancarkan perjalanan darah manakala encik suami ambil ubat untuk masalah lututnya. Rahimi pula dibekalkan dengan ubat untuk mengurangkan gjala asthma yang dihadapi. Harga yang diberikan juga tidaklah begitu mahal. Kami balik dengan harapan agar kaedah ini dapat membantu. Haziq diberikan ubat secara konsisten. Tak menjadi masalah langsung pada Haziq kerana dia memang sukakan benda-benda yang manis. Sebut saja makan gula, senang sahaja mulut dibuka. Alhamdulillah, simptom menahan-nahan nafas yang berlaku pada Haziq nampaknya berkurangan tetapi sawan tetap ada. Kami berulang-alik dari Pasir Gudang ke Tampoi apabila stok bekalan ubat kehabisan. Sekurang-kurangnya kami ada satu lagi ruang kaedah perubatan yang boleh kami gunakan ke atas Haziq.  Kesannya memanglah tidak begitu cepat, tetapi sekurang-kurangnya simptom yang berkurangan ini melegakan sedikit hati mama dan ayah.

Sering juga aku mencadangkan tempat ini kepada rakan-rakan yang mengeluh kalau anak sakit, makan ubat hospital pun masih tak berkesan. Doktor memanglah, rasa tercabar sekiranya kita katakan ubat mereka tidak berkesan tetapi doktor tidak berhak untuk menghalang kita mendapatkan kaedah perubatan alternatif untuk kebaikan anak kita. Dr Hj yang merupakan Presiden Persatuan Homeopathi Malaysia sendiri berhempas pulas menyediakan kurikulum untuk pengajian homeopathi di Universiti Putrajaya yang rasanya telah mula dilaksanakan. Dan nampaknya telah ada beberapa hospital yang mula menerima kaedah rawatan perubatan alternatif dan bergerak seiring dengan perubatan moden di hospital-hospital tertentu.

Kita perlu berusaha dan merancang yang terbaik, selebihya di tangan Dia jua. Daripada kita hanya duduk berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa, jelas-jelas kita hanya berserah dan berharap. Kepada yang kurang mempercayai kaedah perubatan alternatif ini, cubalah ubah pemikiran kita. Cuba dahulu, sedikit sebanyak kita akan lihat kesan positifnya dan jangan sesekali putus asa….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s