Errr…err…err….

Dah biasa sangat anak-anak ditinggalkan dengan ayah bila mama terpaksa bekerja di luar daerah. Lazimnya mereka ditinggalkan selama 5 hari. Sofiyah dan Rahimi sudah mula faham sekiranya mama maklumkan bahawa mama terpaksa ke mana-mana atas urusan kerja. Pilihan mereka, sama ada duduk di rumah bersama ayah pada waktu malam atau tidur di rumah ibu mereka iaitu pengasuh mereka. Sangat bersyukur mempunyai pengasuh yang menganggap anak-anakku bagaikan anak sendiri. Sejak Rahimi berusia 2 bulan lebih, Kak Aisyah telah mula menjaga anak-anakku sehinggalah kelahiran Haziq. Setia, tidak berkira langsung orangnya. Paling kasihan pada Haziqlah. Kalau Haziq balik ke rumah, abang dan kakaknya akan tinggal di rumah ibu begitu juga sebaliknya. Kadang-kadang tiga-tiga di bawa balik suami ke rumah. Kredit kepada encik suami yang sangat memahami tuntutan kerja cik isterinya ini.

Hampir setiap hari panggilan dibuat kepada pengasuh untuk mengetahui perkembangan anak-anak. Terkini pengasuh maklumkan Haziq seolah ingin belajar merangkak. apabila meniarap, haziq dah boleh meniarap dalam tempoh agak lama. Kepala cuba diangkat tegak. Bila dah penat, kepala diangkat dan dialih ke kiri ke kanan dengan sendiri. Kaki pun mula diangkat-angkat. Hanya menanti kudrat untuk mengangkat punggung sahaja katanya. Teruja sungguh mendengarkan perkembangan ini. Sayangnya mama tidak berada di sana untuk melihat perkembangan ini dengan mata kepala sendiri. Tak sabar rasanya hendak menemui anak-anak.

“Haziq, Haziq buat apa tu sayang…” sengaja cuba berbual dengannya. “Errr…err…,” seolah faham dan kenal suara saya, Haziq menjawab. Ya Allah, Haziq menjawab!! Meskipun tiada butir kata yang keluar, ibunya memaklumkan bahawa Haziq tersenyum mendengar suara saya tatkala saya menghubunginya. “Haziq, mama ni sayang, Haziq tunggu mama balik ye,” saya cuba teruskan perbualan. Haziq berterusan tersenyum kata ibunya. “Err…err…,” hanya itu yang saya dengar tapi cukup membuatkan air mata ini mahu menitik. Mujurlah ramai orang di kiri kanan saya ketika itu, kalau tidak tak pasal-pasal orang ingat saya sedang di dalam kegundahan.

Tubuh masih fokus pada tugasan tetapi hati sudah mula melayang sampai ke rumah. Tak sabar ingin bertemu anak-anak. Belum dapat saya bayangkan bagaimana betapa rindunya saya pada mereka apabila terpaksa meninggalkan mereka sekali lagi bulan hadapan. Kali ini, lima minggu saya terpaksa menghadiri kursus di Kedah pula. Kadang-kadang terasa ingin menjerit dibuatnya bagi melontarkan rasa yang terbuku di dada. Membayangkan harus berjauhan dengan mereka selama lima minggu, saya sudah dapat merakam gambaran keadaan kehidupan suami dalam tempoh tersebut. Kasihan abang, perlu menguruskan dua anak yang bersekolah dan juga perlu menguruskan Haziq juga. Nampaknya sekali lagi ibu mereka (pengasuh) terpaksa berkorban juga. Perancangan terapi Haziq perlu diatur semula. Beberapa temujanji terpaksa dijadual semula dan banyak rutin yang terpaksa berubah. Kasihan anak-anak, berjauhan lagi. Cukup lama….semoga kita dapat melalui fasa ini sebaiknya demi masa depan kita bersama yang lebih baik..mudah-mudahan…

 

One thought on “Errr…err…err….

  1. Saya ada menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Tmn Ria Plentong. Jika ada sesiapa yg mencari pengasuh sila beritahu ye. No saya 017-7442154

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s