Episod rumah sakit HSI

Dalam pada Haziq mencuba perawatan alternatif homeopathi, rujukan klinik pakar neurologi bagi pediatrik untuk sesi terapi di Hospital Sultan Ismail dimulakan. Haziq perlu menjalani terapi setiap bulan. Fisioterapi dan terapi cara kerja. Fisioterapi lebih memberi tumpuan kepada terapi fisiologi, usaha menguatkan otot-otot yang mengalami hypotonia dan perkembangan secara keseluruhan. Jurupulih cara kerja pula menumpukan kepada perkembangan motor skill Haziq. waktu dirujuk ke HSI untuk kali pertama, terapi yang dijalankan ialah mengajar Haziq duduk dengan sokongan. Masa tu, hanya ada seorang fisioterapist dan beberapa pelatih dari UiTM dari bidang fisioterapi. Menangis-nangis Haziq dibuatnya tapi mama kenalah hati kering. Semuanya untuk kebaikan Haziq juga. Haziq diletakkan di penjuru dinding. Bahagian belakang disokong dengan tuala. Kasihan juga, bila kepala Haziq terlentok, terkena pada dinding tapi fisioterapist tu hanya buat tak tahu sahaja.

Mula-mula macam ok sahaja…

Dia jerit dah…..

Diajar duduk dengan sokongan kakak cantik…

Salah seorang pesakit CP yang lewat berjalan..

memilih, sama ‘spesies’ taknak…

penuh gaya fisioterapist ni ‘mengerjakan’ Haziq…

Ada juga alat yang dipakaikan pada Haziq bagi merangsang saraf-saraf pada otot untuk bergerak dengan lebih aktif. Alat tersebut diletakkan di peha dan gelombang elektrolit dibuka bagi merangsang pergerakan otot.

macam tau-tau sahaja nak pasang sesuatu pada kakinya…

sampai tertidur….

Ini baru sebahagian sesi terapi yang baru dimulakan Haziq pada tahun 2009. Dalam entri akan datang saya akan uploadkan gamabr-gambar sesi terapi yang telah Haziq jalani selepas dirujukkan ke HSI…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s