Anakku buta?

Waktu Haziq dirujukkan di HKL dan ditahan di wad hampir 3 minggu, macam-macam prosedur rawatan perlu dilalui. Salah satunya pemeriksaan mata. Doktor mencadangkan Haziq dirujuk pula ke Jabatan Oftalmologi di bawah pemerhatian Dr. Sunder. Mula-mula ingatkan nak buat pemeriksaan mata di JB sahaja tetapi bila diberi penerangan bahawa pakar mata kanak-kanak hanya ada di HKL, maka keputusan bersama dibuat supaya pemeriksaan akan diteruskan di HKL. Biarlah jauh asalkan rawatan tersebut diberikan oleh pegawai perubatan atau pakar yang sememangnya pakar dalam rawatan untuk kanak-kanak.

Berulang aliklah Haziq ke Jabatan Oftalmologi. Biasanya temujanji seawal 8.00 pagi, jadi sehari sebelumnya kami dah bertolak ke Kl, maklumlah taknak sampai lewat, kalau tidak mahu ke petang baru nak tiba giliran. Biasanya kalau dapat tiba tepat masa temujanji, paling lewat pun pukul 3 baru dapat keluar dari Oftal. Jenuh menunggu….pesakit pun boleh tahan ramai, sesak tak perlu ceritalah. Datangnya dari seluruh pelusuk negara sebab nak dapatkan perkhidmatan pakar terbaik.

Temujanji pertama, optometrist uji tahap penglihatan Haziq. 400-400 (power mata kiri dan kanannya). Patutlah selama ni dia tak fokus pada apa yang ada di hadapannya. Biji matanya pun asyik ting ting ke kiri ke kanan. Rabun tahap teruk rupanya anakku ini. Alat seperti lampu mainan di gunakan untuk merangsang mata HAziq. Sekali pandang, macam lampu yang biasa ada dalam cerita kartun Jepun tu. Mata HAziq memang sensitif dengan cahaya cuma dia tak fokus.

Lampu yang diguna untuk merangsang mata Haziq

Lampu ini agak istimewa. Cahayanya berpusing-pusing dari bawah ke atas dan sebaliknya. Saya pun dengan penuh budi bahasa cuba ‘mengecek’ lampu itu dari Optometrist yang membuat ujian penglihatan Haziq. Dah namanya rezeki, beliau jual lampu itu dengan harga RM2. Yeye…suka hati saya sebab sebenarnya tak tahu mana nak cari lampu sebegitu. Sayangnya sekarang dah tak digunakan sebab baterinya dah habis, lepas tu tak tahu mana pula nak cari bateri sebesar itu…Ada lagi satu…

Cuba ingat-ingat kartun apa yang ada guna lampu macam ni? Sailormoon? Entahlah…tapi rasanya ada…Yang ni tak dapat nak minta sebab mereka hanya ada satu sahaja..Dah dapat keputusan ujian, Haziq dirujukkan kepada Dr. Sunder. Di tangan saya waktu itu ada sekeping borang permohonan Kad Orang Kurang Upaya yang harus dihantar ke JKM. Ada satu ruangan yang memerlukan doktor mengisinya. Doktor neurologi telah mengesahkan Haziq adalah pesakit GDD (Global Develompent Delayed) iaitu menghadapi masalah kelewatan perkembangan secara keseluruhan. Saya menunggu apa yang akan ditanda oleh Dr.Sunder dalam ruangan yang disediakan untuk beliau.

Selepas melakukan pemeriksaan, Dr Sunder yang maklum saya mempunyai borang tersebut, memintanya dengan berhemah. Beliau tanda di kotak ruangan “BUTA”. Ha?????? Anak saya dikatakan buta??? Saya terdiam, terkesima dan tidak terkata apa-apa. Betul ke anak ku buta?? Soalan itu terus berlegar-legar dalam kepala saya ketika itu. Saya yakin anak saya boleh melihat, cuma dia rabun!!!. Borang tu pun tak betul, tak ada ruangan rabun, geramnya….anak saya dikatakan BUTA????? Tapi entah kenapa saya tidak bertanya apa-apa. Dalam hati, letaklah apa pun….saya tahu anak saya boleh melihat. Saya yakin. Mesti doktor pun tak tahu nak tanda ruangan yang mana tapi bagi saya sewajarnya doktor punya autoriti untuk menulis di mana-mana ruangan untuk menyatakan keadaan sebenar anak saya.

Saya masih kelu, langsung tidak memberi sebarang tindak balas atau respon pada ketika itu. Seolah-olah mulut dikunci dan dipukau. Hanya mengiyakan apa yang dijelaskan. Hanya menurut apabila disuruh buat itu ini. Hasilnya, borang itu jugalah yang saya gunakan untuk dihantar ke JKM JB yang “sungguh berbudi bahasa”. Hasil pemeriksaan juga menyebabkan Haziq disarankan memakai ‘mata kedua’ dengan power mata diturunkan sedikit, 300. Supaya Haziq tak terkejut kata doktor. Haziq dikatakan rabun kesan ubat sawan, vigabactrin yang diambil ketika itu. Pemeriksaan retina jelas menunjukkan tiada sebarang masalah pada retinanya. Saya hanya mampu berdoa semoga sawan Haziq berkurangan, jadi tak perlulah dia ambil vigabactrin dan mungkin dapat merangsang saraf penglihatannya agar lebih membaik.

Kali pertama pakai spek mata dengan power mata 400.

Budak-budak biasalah, mana tahan pakai cermin mata lama-lama. Asyik menjerit saja, tak selesa mama!!! Bingkai pun special imported dari Itali, jenis yang boleh lentur, tak patah dan tak menyakitkan. Cermin pula ‘multicoated’. Perlu cermin yang baik untuk rabun dan silaunya. Nampak macam aksesori tapi sebenarnya menjadi keperluan Haziq . “Handsome’ juga bujang mama ni…hehe..

Rawatan susulan terus setiap bulan sehingga usia Haziq menjangkau 2 tahun. Ketika ini doktor katakan lazimnya bila meningkat umur, power mata akan turun tetapi sebaliknya berlaku pada Haziq. Powernya naik lagi 100 menjadikannya 500!!. Doktor pun agak pelik. Waktu itu sebenarnya saya dan suami nekad berhentikan pengambilan vigabactrin kerana tiada sebarang perubahan dengan pengambilan ubat tersebut. Sawan masih menyerang setiap hari. Tapi saya tak beritahu doktor sebab sah kena ‘sekolah’. Jadi kami  tawakkal sahaja. Daripada terus membiarkan saraf haziq semakin lemah, kami ambil keputusan yang agak berisiko ini.

Akhirnya, Haziq kena tukar lagi cermin matanya.Hmm alahai…tak apa, kami buatkan juga dengan harapan Haziq akan dapat melihat dengan lebih baik.

Cermin mata sama tapi power mata sudah naik jadi 500…..

Doktor diagnos Haziq buta tapi kena pakai cermin mata…macam mana tu? Saya kata anak saya tak buta sebab Haziq masih ada respon dengan cahaya. Sekarang ni kalau kita lalu depan mata pakai baju warna terang-terang, matanya dah melilau-lilau. Kadang-kadang letakkan dia depan tv matanya tak berkelip pandang tv. Nampak atau tidak, hanya Haziq yang tahu. Apa pun keadaan Haziq, mama dan ayah tetap terima as anugerah yang tak ternilai harganya…….

4 thoughts on “Anakku buta?

    • assalam Hidayah…anak buat rawatan di mana ye? Haziq punya bingkai tu kami beli di Jabatan Oftalmologi HKL, cuma kanta dia je buat di kedai biasa. Kalau kedai biasa tak pasti ada atau tidak bingkai flexi macam tu, boleh lentur, confirm tak patah. Kena cuba tanya dululah ye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s