JKM punya hal…

Lepas semua doktor berkaitan mengisi ruangan masing-masing dalam borang yang perlu dihantar ke JKM bagi permohonan kad Orang Kurang Upaya (OKU), saya dan suami pun memanjat bangunan JKM JB untuk menghantar borang tersebut. Kami maklumkan bahawa kami hendak menghantar borang dan memohon untuk Bantuan Pesakit Terlantar, tetapi sejurus mengetahui gaji kasar saya dan suami melebihi RM3,000 sebulan, siang-siang mereka katakan saya tidak layak memohon. Mengikut syarat yang dinyatakan memang ibu bapa berpendapatan 3,000 ke bawah sahaja yang layak menerima bantuan ini. Pelik sungguh saya. Ada sahabat dari Terengganu memaklumkan bahawa anak saudaranya yang menghadapi masalah pembelajaran (LD) menerima RM150 sebulan sedangkan ayahnya berpendapatan lebih 10,000 sebulan. Mulalah saya naik hangin. kadang-kadang saya merasakan seolah orang yang membuat dasar dan peraturan itu tidak tahu berfikir. Walaupun pendapatan kasar melebihi 3,000 sebulan, pernahkah mereka kira pendapatan bersihnya pula? Kalaulah ada 3 orang anak sebagai contoh yang bersekolah dan anak-anak kecil lainnya, perbelanjaan persekolahan, perubatan, bayaran pengasuh, taska dan sebagainya perlulah juga diambil kira. Kami memohon bukan atas kapasiti kami yang berpendapatan sederhana, tetapi memohon atas kapasiti anak OKU yang terlantar dan memerlukan penjagaan 24 jam.

Pegawai JKM memaklumkan,sekiranya anak dijaga oleh pengasuh, mereka layak menerima RM150.00 sebulan.Itupun selepas mereka membuat lawatan ke rumah pengasuh. Apa yang saya kesalkan, pada peringkat awal saya bertanyakan status kelayakan permohonan anak saya, ada diantara pegawai di kaunter hadapan yang juga kurang pasti tentang jenis-jenis bantuan yang layak diterima sehingga saya mendesak untuk bertemu salah seorang pegawai di dalam pejabat, barulah penjelasan yang terperinci diberikan. Saya masih tidak faham mengapa dasar tersebut tidak dibuat penambahbaikan atau dikaji semula. Ada pula pegawai yang menyatakan bahawa sekiranya bantuan diberikan kepada ibu bapa yang bergaji lebih 3,000 ringgit, ibu bapa seolah akan lepas tangan dalam berusaha memberikan rawatan atau perhatian kepada anak-anak. Wajarkah kenyataan itu keluar dari mulut pegawai JKM? Punyalah geram, saya terus tak pandang wajah pegawai tersebut walaupun pegawai tersebut juga saya kenal namanya dan akan saya ingat sampai bila-bila. Patutlah macam-macam cerita saya dengar tentang JKM cawangan JB ini. Saya sendiri rasa berangin bila mengalami pengalaman ini. Kita datang untuk memohon bantuan, tapi tidak layak. Justeru apa peranan JKM dalam menjaga golongan OKU terlantar ini? Sebab ibu bapanya dikatakan berduit, JKM pula lepaskan tanggungjawabnya. Saya faham JKM lebih fokus kepada golongan kurang berkemampuan tetapi silalah perhatikan juga golongan sederhana yang tinggal di kawasan yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Belum tolak bayaran ansuran rumah, kereta lagi, rasanya paras-paras hidung sahaja. Namun alhamdulillah, walaupun tanpa bantuan JKM kami masih mampu bertahan. Biarlah kos ubat Haziq mencecah ratusan ringgit sebulan, kami gagahkan juga. Apa yang kami harapkan, kalaulah hak dan kelayakan itu diberikan kepada Haziq yang terlantar, sekurang-kurangnya kami boleh fokus untuk usahakan fisioterapi setiap minggu. Hendak harapkan hospital sahaja, setiap bulan belum tentu kerana pesakit yang semakin ramai.

Akhirnya, kami hantar juga borang tetapi bukan borang memohon bantuan, sebaliknya borang memohon mendaftarkan Haziq sebagai OKU. Sekurang-kurangnya bila ada kad itu memudahkan kami untuk meletak kenderaan di Institut Pediatrik HKL tanpa sebarang masalah. Mendaftar di HSI untuk temujanji juga mudah kerana ada laluan khas, tak perlu menunggu lama. Itu sahajalah kegunaannya buat masa ini. Saya belum nampak apa lagi fungsinya untuk pelbagai keadaan lain. Hmmm…saya rasa pegawai-pegawai yang berpangkat besar di JKM perlu duduk semula, mengkaji kesesuaian syarat-syarat dalam pemberian pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan. Cuba bayangkan sekiranya ada di kalangan pegawai-pegawai ini sendiri mempunyai anak  OKU terlantar,tak boleh buat apa-apa, semuanya harapkan bantuan orang, nak bangu tak boleh, nak mandi sendiri tak boleh, nak makan bersuap, pakai baju dipakaikan…. rasa-rasa mereka akan dapat tak bantuan itu? Fikir-fikirkan dan selamat berfikir…………………..

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s