Kali ini ke Sungai Mas…

Mama dan ayah diberitahu oleh seorang teman ayah bahawa ada seorang makcik di Sungai Mas yang boleh ‘tengok-tengok’ kalau budak-budak ada masalah. Kiranya macam rawatan alternatiflah jugak. Mula-mula tu memang keberatan jugak nak pergi tetapi atas niat ingin mencuba, mama pergi juga. Apa yang mama nak pastikan adalah orang tu tak guna kaedah yang pelik-pelik seperti pakai tangkallah dan entah apa-apa jenis benda lain. Kalau yang itu clear, mama dan ayah tak ada masalah nak pergi. Kami pun rancang ke Sungai Mas pada satu hari. Anak-anak yang lain ditinggalkan dengan pengasuh. Mujur sangat Kak Aisyah sudi menjaga abang dan kakak Haziq, kalau tidak jenuh pula nak melayan sepasang putera puteri yang cukup fofular dengan ragam masing-masing.

Perjalanan bolehlah tahan juga jauhnya. Hampir sejam setengah. Nak masuk ke rumah makcik tu pun ala-ala takut sebab kena turun bukit yang agak curam. Bukan sebab rumah tu scary the movie……….Makcik tersebut urut-urut si Haziq. Katanya tak ada apa-apa, insyAllah Haziq akan oleh berjalan…katanya…Masa tu kami masih belum dapat tahu apa punca penyakit Haziq. Iyakan sahajalah masa tu…Haziq dibekalkan air untuk minum dan dimandikan, macam yang biasa diperolehi kalau pergi ke mana-mana perawatan alternatif. Cuba juga…dah namanya usaha tetapi masih tiada perubahan. Mama pun kadang-kadang menggaru kepala…apa lagi yang mama tak buat ni??? masih berasa seolah-olah kami tak cukup berusaha…..

Ayah kata, buat satu-satu dahulu, tengok macam mana perubahannya. Kalau tak ada baru kita cuba dengan sesuatu yang baru. ubat hospital masa itu masih diteruskan dan Haziq semakin lembik. Saraf-sarafnya tiada perkembangan. Hanya terlentang, menangis dan begitulah dia dari siang ke malam, membawa ke pagi…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s