Catatan 14 Febuari 2011

Imbas semula cerita bulan lepas…mama dan Haziq dua-dua tak sihat. Entahlah, semenjak dua menjak ni mama selalu rasa tidak sedap badan, badan terasa seram sejuk sehingga ke tulang. Sejak hari Isnin mama perasan telinga mama sebelah kanan asyik berdenyut-denyut. Dalam pada menanggung sakit, Haziq pula demam secara tiba-tiba. Suhunya mencecah 38.5’C. Panas tu…Kesian Haziq, dah lembik badannya asyik batuk-batuk. Mama pula dah tak tertahan menanggung sakit, akhirnya pagi Khamis mama menyerah diri ke klinik Kota Masai. Dapat MC dua hari, ubat penahan sakit dan ubat titik. Denyutannya, Allah saja yang tahu bagaimana rasa yang tertanggung.

Haziq pula asyik muntah-muntah. Minum susu muntah, makan bubur pun muntah. Risau jugak dibuatnya. Dehidrationlah nampaknya akibat kekurangan cecair dalam badan. Kalau bawa ke hospital, sah-sah paling cepat seminggu bertunggu tangga di wad. Ayah dan mama ambil keputusan bawa Haziq jumpa Dr Zamil di klinik Taman Cendana. Ambil ‘nap’ juga bagi memudahkan pernafasan sebab tengok Haziq dah mula bernafas guna perut, nafas pun dah turun naik, nampak sangat tak selesa. Menjerit bagai si Haziq ketika diberikan ‘nap’ maklumlah, mana ada budak yang selesa bila rasa ada benda yang mengganggu di hidung kan. Nak bernafas pun rasa payah. Lepas diberikan ‘nap’, Haziq nampak lebih ok dan akhirnya tidur nyenyak hingga ke pagi. Ingatkan dah ok, rupa-rupanya suhu Haziq kejap turun, kejap naik. Dr Zamil bagi juga ‘rectal’ medication supaya suhunya cepat turun tetapi apakan daya, suhunya tetap bertahan. Tambah pula dengan batuk, kesian sangat, rasa macam nak ganti aje bila Haziq batuk sampai mengalirkan air mata, mungkin tekaknya sangat sakit.Bibirnya pun dah naik merah, tanda kekurangan air. Nasib baik Dr Zamil bekalkan air garam, walaupun tak mengenyangkan sekurang-kurangnya kandungan garam dalam badannya cukup. Tidur malam ayahlah yang paling tak nyenyak sebab kena menjaga dua orang sakit di rumah, mama dan Haziq. Beruntung sangat mama ada ayah yang sangat memahami, ringan tulang dan sangat bertanggungjawab.

Kononnya pagi Jumaat kalau badan rasa dah agak sihat, ingat nak jugalah menjenguk pejabat. Hmm…impian sekadar impian sahajalah nampaknya. Telinga mama masih lagi sakit dan berdenyut-denyut. Nak makan tak selera, nak main-main dengan anak pun tak kuasa, kerjanya ke hulu dan kehilir bagi menghilang rasa sakit yang ada. Haziq tetap dihantar ke rumah pengasuh. Bukanlah nak mengelat menjaga anak sendiri sewaktu cuti tapi, diri sendiri pun tak mampu nak diurus, inikan pula nak mengurus orang lain? Saranan suami akhirnya digunakan……Haziq dihantar juga ke rumah ibunya. Mama di rumah puas memikirkan apakah  rutin yang akan dibuat sepanjang cuti hujung minggu ni nanti. Bersiar-siar?., ke taman, atau sekadar duduk di rumah? Arghhh…buntu….telinga sakit, semuanya rasa sakit!!! Nampaknya pilihan ketiga menjadi keutamaan. Duduk di rumah, melayan anak-anak, baring-baring dan melayan facebook. Haziq masih lagi demam. Kali ini ubat yang diberikan telah bertukar. Kami sediakan ubat demam, ubat kahak, ubat tekak dan antibiotik. Namanya Haziq…payah benar nak suruh makan ubat.Akhirnya istilah ubat terpaksa diganti menjadi i) Jus tekak (ubat kahak + batuk) ii) Jus oren (ubat demam) dan anti jus (antibiotik). Barulah kurang sikit liatnya nak disuruh minum. Kadang-kadang diketap-ketap bibirnya semata-mata sebab taknak makan ubat yang diberikan. Seminggu jugalah Haziq demam. Dah lama sangat rasanya Haziq tak demam sebegini lama. Cukup masa antibiotik habis dimakan, alhamdulillah, kebah demamnya. Lega sedikit hati mama bila Haziq dah mula nak makan…Janganlah Haziq demam lagi…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s