Cerita TF

Biasa dengar TF? Mula-mula saya sendiri tak biasa tapi pernahlah juga dengar, cuma tak mengambil perhatian. Ada beberapa orang kawan di pejabat yang mengambil produk TF ini untuk tujuan kesihatan. Ada juga yang mengambilnya dalam bentuk serbuk minuman pelbagai perisa untuk mengawal berat badan. Saya pun cuba-cubalah bertanya kalau-kalau ada produk yang sesuai dimakan oleh pesakit genetik seperti Haziq. Saya pun berjumpa Kak Lin, seorang teman yang memperkenalkan saya dengan produk ini. Saya dibawa berjumpa dengan suaminya yang merupakan pesakit kanser buah pinggang dan telah mengambil TF sebanyak 30 biji sehari untuk menentang sel kanser daripada terus merebak. Doktor sendiri hampir tidak percaya bagaimana sel kanser beliau boleh menjadi negatif selepas pengambilan TF selama sebulan lebih. Sepatutnya beliau perlu menjalani radioterapi dan kimoterapi tetapi beliau nekad tidak mahu melakukannya. Sebaliknya beliau mencuba makan TF setelah melakukan pembacaan dan kajian serta berhubung dengan pakar-pakar berkenaan fungsi dan kebaikan TF. Scan dibuat dan sel kanser memang tak ada. Sekarang beliau hanya maintain 9-15 biji sehari dan nampak cergas serta boleh bekerja semula. Ada juga beberapa testimoni lain yang membuatkan saya dan suami berminat hendak mencuba TF.

Kami cuba dengan hanya mengambil sebotol sebulan. Harganya pun boleh tahan, RM169.00 sebotol dengan kandungan 60 kapsul. Nasib baiklah kami diberi harga yang agak murah, bolehlah untuk permulaan. Dalam pada itu, suami Kak Lin, Abang Zairi terus berhubung dengan pihak-pihak berkenaan mengenai diagnosis Haziq supaya dapat tahu dos yang sesuai untuk pesakit genetik macam Haziq. Ada juga diberitahu bahawa biasanya kesan bagi pesakit genetik memang mengambil masa yang agak lama untuk dilihat. Tak apalah, cuba dulu, mana tahu ada kesannya. Saya tekad berhentikan ubat-ubat sawan yang dibekalkan oleh HKL. Tapi bila doktor tanya..makan…(hehehe)..Haziq mula makan TF pada September 2010. Mula-mula tu sawan memang menyerang macam biasa, setiap hari masih ada. Saya masih tak putus asa. Saya teruskan dengan pengambilan bulan berikutnya, naikkan dos kepada 2 biji sehari. Nampak sawan seakan berkurangan. Selera makannya juga bertambah. Badannya juga dah agak kuat, tak lembik sangat macam dulu. Abang Zairi kata cuba naikkan dos lagi. Saya pun naikkan dosnya kepada  4 biji bulan seterusnya. Jadi sebulan stok yang perlu adalah 2 botol.

Kami makin dapat lihat perkembangan Haziq. Apa yang sangat ketara sejak Haziq makan TF ialah Haziq sangat kurang diserang demam seperti dulu.Satu lagi. kalau dulu, payah benar nak tengok Haziq tersenyum, seminggu payah sekali! Sekarang hampir setiap hari Haziq tersenyum walaupun sesuka hatinya sahaja bila nak tersenyum. Deria rasa pada anggota badannya juga saya rasa mula berfungsi. Kalau abangnya menggeletek di bahagian-bahagian tertentu, Haziq akan ketawa. Seronok sangat melihat perkembangan ini. Tak tahu macam mana nak luahkan dengan kata-kata. Perkembangan Haziq kami beritahu pada Abang Zairi. Abang Zairi berhubung dengan pakar di KL dan di US melalui emel tentang perkembangan Haziq dan disarankan dos dinaikkan lagi kepada 6 biji sehari. Mula-mula tu terdiam juga, yelah memikirkan kos yang agak tinggi. Sebulan peruntukan makanan tambahan untuk Haziq ini sahaja lebih RM300. Kami pun ‘hold’ dulu untuk naikkan dos. Maintain sahaja dengan 4 biji sehari.

Lama agaknya Abang Zairi tak mendapat khabar dari kami, difikirnya kami telah putus asa. Kami masih bertahan. Dua bulan kebelakangan ini, kami naikkan dos kepada 6 biji sehari. Alhamdulillah, perkembangan haziq memberangsangkan. Sawan sangat berkurangan daripada biasa. Dalam 3,4 hari, mungkin sekali dua sahaja nampak serangan sawan yang agak menakutkan tapi boleh kata ‘hold breathing’ atau tahan-tahan nafas tu dah jarang kami lihat. Kalau Haziq demam sahaja yang boleh kata selalu dapat kami lihat. Selainnya, alhamdulillah…..Sekarang kami maintain pula dengan 6 biji sehari. Kami perlukan 3 botol sebulan untuk Haziq. Semoga TF ini memberi sinar yang bergemerlapan untuk Haziq. Semuanya dengan izin Allah jua….

Dari awal hingga akhir sebut TF tapi tidak pula saya jelaskan apa itu TF kan? TF ialah transfer factor…Nanti saya akan kongsikan maklumat mengenai TF untuk kalian yang sudi membaca ceritaHaziq ini…

2 thoughts on “Cerita TF

  1. su..saya tak tau macamana keadaan haziq masa dia kena sawan tapi arwah tokwan saya penah pesan dulu. kalau budak kecik sawan/tarik, cempung dia(ampu kepala dan kaki). jangan biar kepala dia tertarik ke belakang atau terpusing kiri/kanan sebab urat/saraf pada leher terjejas…nanti kepala dia lembik dan tak boleh tegak…
    kalau dia sawan lagi lepas ni, cuba pegang kepala dan kaki dia..supaya saraf ditengkuknya tak betambah rosak..
    wallahualam….

    • chekiyah: terima kasih..sy pernah dengar pesanan itu.Ada orang kata bila tarik, kita cuba rapatkan kaki dengan badan budak tu supaya tak banyak pergerakan macam chekiyah cakap tu. Sawan Haziq agak berbeza sebab dia menangis, tahan nafas dan kadang-kadang kakinya menendang-nendang. Corak sawannya berubah dari kecil tetapi kalau dia kena sekarang, coraknya dah sama sahaja..dia menangis dan tahan nafas kebiru-biruan (kalau teruklah)..kalau biasa dia nangis tahan nafas sahaja…apa-apa pun terima kasih atas saranan itu ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s