Haziq demam lagi…

Baru sahaja bulan lepas Haziq demam. Mama berdoa agar Haziq tak demam sebab kesian, susut badannya. Haziq ni pun satu, pantang dipuji badannya naik, esok lusa mesti dia demam. Tak boleh puji melambung, kata baiklah, sihatlah, chubbylah…ha itu memang nak suruh menyediakan diri untuk kondisi tak terjangkalah namanya….Tepat jangkaan mama, rupa-rupanya dua hari lepas, abahnya (suami pengasuh) baru je lepas puji-puji Haziq baik, sihat…eh tak alih-alih malam semalam suhu badan naik….Mama dan ayah sengaja ambil cuti hari ni kononnya nak ‘dating’ sebab sejak berkahwin tak pernah dapat jalan-jalan berdua. Balik tengahari dah tak larat. Ibu Haziq telefon memberitahu suhu badan Haziq naik lagi. Mama terus ke rumah pengasuh. Tengok Haziq dah merengek-rengek tapi bila diusap-usap, masih boleh tersenyum. Mama dan ayah terus ambil Haziq dan bawa ke klinik sekali lagi berjumpa Dr Zamil. Sempat singgah di pejabat Kak Lin ambil stok TF. Seperti biasa ingatkan nak ‘nap’ sahaja sebab pernafasannya dah mula laju, kahak pulak pekat. Dr kata tak apa, ambil ubat demam, ubat cair kahak dan antibiotik dulu. Dr Zamil bagi tempoh sehingga malam esok, sekiranya keadaan masih tak ok, perlu diberi ubat dahulu dan datang ke klinik untuk ambil nap.

Balik ke rumah, misi mama untuk memaksa Haziq makan ubat. Mula-mula mama letakkan Haziq depan TV. Konon-konon nak bagi tengok TV walaupun dah memang tahu Haziq tu rabun…Lepas tu apa lagi..misi perlu dilaksanakan!!!!!Umpannya macam biasalah…”Haziq, makan jus tekak dan anti jus…” itu pun menjerit-jerit . Nasib baik tak buat aksi seperti biasanya, menjerit sambil tahan-tahan nafas. Kena pujuk-pujuk, kena belai-belai barulah ‘pitching‘nya jadi sedikit rendah. Kalau tidak, berdesing juga telinga mendengar alunan suaranya itu….Dah tertidur dah anak mama nie…mendepang tangan terlentang …suhunya pun nampak dah mula menurun. Kesian ayah kalau tiba-tiba suhu badan Haziq naik semula sebab biasanya ayah yang berjaga tengah-tengah malam. Mama?? lena diulit mimpi….hmmm alahai mama…oh mama….

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s