Bila Haziq menggigil….

Usia Haziq menjangkau 2 tahun 8 bulan beberapa hari sahaja lagi.  Pernah satu ketika pasukan perubatan HKL menyatakan diagnosis Haziq adalah pesakit Rett Syndrome. Mama search di internet. Rett Syndrome biasanya banyak pada bayi dan kanak-kanak perempuan, jarang pada kanak-kanak lelaki. Sekiranya berlaku pada kanak-kanak lelaki, jangka hayat yang diberikan adalah 2 tahun. Tak usah ceritalah bagaimana air mata mama ni menitis di depan Dr Tajul waktu tu. Menggigil mama dengar diagnosis pasukan neurologi tu. Dr Tajul pun faham dan kata mama boleh cuba apa jenis kaedah rawatan sekalipun. Mulai saat itu, mama asyik membilang hari….semakin takut kehilangan Haziq.

Mama masih ingat sewaktu usia Haziq genap 2 tahun. Hari itu hari Jumaat. Mama angkat tangan bersyukur kerana usia Haziq masih panjang. Pada hari lahir Haziq itu, mama dalam perjalanan balik beli kek untuk Haziq. Mama dapat call daripada Dr Shanti, pakar genetik di HKL yang memberitahu bahawa Haziq dikesan mempunyai masalah pada kromosom, chromosome 2q duplication syndrome. Tepat pada hari lahir Haziq!!!!. Mama menangis sebab diagnosis Rett Syndrome bukan lagi menjadi igauan ngeri yang sentiasa menghambat dan menghantui hari-hari mama dan berita kedua yang diterima datang tepat pada usia Haziq 2 tahun!!! Asyik menangis saja kerja mama….

Malam tadi pun hampir mama nak menangis lagi. Mama pun ikut menggigil. Sebak, takut, semuanya bercampur-campur. Mana tidaknya, selama ni Haziq tak pernah demam sehingga menggigil-gigil. Kaki tangannya sejuk kebiru-biruan. Mulutnya mengetap-ngetap, badannya terhenjut-henjut menahan sejuk. Mama pegang kepala Haziq, taklah panas sangat, bila suhu diperiksa, sekitar 37’C. Taklah demam tinggi tapi Haziq dah kelihatan lain macam. Kulit muka dah pucat lesi. Panas dalam agaknya terlampau tinggi. Mama peluk Haziq, gosok-gosok tangan dan kakinya. Sumbatkan ubat melalui dubur, kemudian mama dan ayah tuamkan kepala, perut dan belakang badan Haziq. Tidur malam berganti syif tapi seperti biasa mama yang selalu terlajak masa.

Pukul 1 pagi mata mama terbuka luas bila ayah kata badan Haziq menggigil lagi. Lagi teruk gigilnya!.Mama dah takut. Kalau terpaksa, mama dah ajak ayah bawa Haziq ke HSI tapi ayah kata sabar, hold dulu sebab dulu Rahimi, abang sulung Haziq pun pernah demam hingga menggigil macam Haziq. Ayah kata kalau bawa ke HSI pasti, confirm, sah kena tahan wad. Dalam hati mama kata biarlah ditahan, mama sanggup tapi tak terluah sebab tengok ayah yang cool. Sebenarnya mama memang dah takut kalau terjadi apa-apa pada Haziq. Bulan lepas waktu Haziq demam seminggu pun keadannya tak seteruk ini. Ayah kata Haziq memang dah sakit, cuma ditambah dia demam. Kalau hantar ke hospital pun, ubat yang sama juga mereka bagi. Akhirnya mama akur kebenaran kata-kata ayah. Kami selimutkan kaki dan tangan Haziq supaya kurang gigilnya. Nampak ada perubahan positif. Mata mama makin layu. Hampir pukul 4 pagi baru ayah tidur. Mama ni memang ada masalah  tidur, kaki tidur, dapat bantal je terus hanyut tak sedar diri…

Kesian Haziq, bukan apa…demam aje susut badannya. Mama perasan memang Haziq jarang demam lepas makan TF tapi bila demam, lama pula. Cuma nampak badannya tidaklah terlalu ‘flat’, masih boleh tersenyum kelat. Pukul 6 pagi dah kena paksa makan jus tekak (ubat cair kahak), jus oren(ubat demam) dan anti jus (antibiotik). Kali ni boleh tahan menjeritnya….terpaksalah nak…nak baik kan…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s