Suhu tiba-tiba naik semula….

Dah tiga hari Haziq demam. Nak pandai apalah pula kali ini. Bila diperiksa, nampaknya suhu badan Haziq dah agak menurun, nampak seperti dah kebah. Mama pun mandikan Haziq macam biasa lebih kurang pukul 11 pagi tadi. Lepas tu mama suapkan bubur seperti biasa. Lembik pula mama masak bubur Haziq hari ini. Mama tengok Haziq macam tak ada selera nak makan. Haziq ni cerdik budaknya. Dia tahu kalau buburnya lembik atau sedang-sedang elok untuk dimakan. Kalau lembik, kuranglah sikit kuantiti yang bakal masuk ke dalam perutnya. Tak apalah, mama buatkan pula susu supaya Haziq tak kelaparan. Habis juga 6 auns. Mama perasan sesuatu, Haziq dah nampak tanda-tanda seperti hendak diserang batuk lagi. Lepas makan walaupun baru 3-4 suap, Haziq dah terbatuk-batuk. Sudah….mama suakan pula jus tekak. Menjerit-jerit!!!

Lebih kurang pukul 1 bila mama nak angkat Haziq, mama rasa suhu badannya tiba-tiba mendadak naik. Sentuh belakang badan macam nak terbakar rasa tangan hangatnya. Ayah pula tak ada di rumah, pergi memasang lampu di rumah bapa saudara di Tanjung Puteri. Mama memang kalut sikit. Cepat-cepat hubungi ayah, konon-konon biar ayah balik cepat. Anak-anak yang dua orang lagi tu dah dibiarkan main sendiri. Puas bermain air di depan rumah, masuk rumah berkampung pula dalam bilik air. Ikut koranglah budak-budak……yang penting tak mengganggu mama yang fokus pada si adik dan tak membuatkan mama berubah watak jadi tarzan macam biasanya.

Haziq terus mama berikan jus oren dan antibiotik. Sekali lagi dia menjerit.Agaknya dah nampak bayang-bayang shrink depan mata, bibir dah mula diketapkan. Terpaksalah mama beritahu kena makan ubat, nak baik tak…pujuk-pujuk. Menangis tetap menangis. Ada mama kisah? Yang penting ubat kena masuk dalam perut terutamanya antibiotik. Kalau boleh jangan putus antibiotik kata ayah. Kalau tidak tubuh imun dengan kuman yang menyerang. Legalah sikit, dapatlah Haziq melelapkan mata. Petangnya….badan haziq masih ‘dedar’..suam-suam kuku. Mama cuba nak beri makan pun ditolaknya. Mama beri susu bila Haziq dah mula menjerit..

BBBrrrruuukkk….seluruh isi perut dikeluarkan semula dan penuhlah atas baju mama dek muntah susu Haziq. Mama baju saja lepas mandi waktu tu. Nak buat macam mana, dah biasa kena muntah. Ada juga hikmahnya bila selalu kena muntah dengan Haziq. Kalau sewaktu Rahimi dan Sofiyah muntah dulu, mama  memang alergi, rasanya tak pernah bersihkan muntah mereka sebab bila mama nampak muntah, mama pun akan muntah sekali. Tetapi, bila lahirnya Haziq, hampir setiap hari kena muntah, dah tak rasa apa dah. Anak-anak muntah pun dah tak jadi masalah. Lihatlah besarnya kuasa Allah. Mudah-mudahan bila Haziq muntah, akan melegakan sedikit apa yang ditanggungnya. Yelah, mama tak tahu Haziq sakit di mana sebab Haziq tak boleh bercakap. Lapar menangis, haus menangis, sakit dimana yang mama tak tahu pun Haziq menangis. Ibarat menjaga bayi berusia 3-4 bulan yang tak tahu apa-apa lagi, beginilah keadaannya Haziq. Mudah-mudahan demamnya makin surut……….mudah-mudahan Haziq dapat melalui ujian ini….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s