Up!! Up!!!Up dik……

Dua minggu kebelakangan ni Haziq tak sihat sehinggalah ke hari ini, Haziq masih lagi menghadapi masalah kahak yang pekat. Kasihan jugak, kadang-kadang Haziq batuk tapi kahaknya tak mahu keluar, rasa macam nak korek-korek aje. Mama selalu tertanya-tanya Haziq ni demam berpanjangan nak pandai apa lagilah agaknya…sekejap baik,sekejap demam. Ke hospital?? mama rasa kalau dah terpaksa barulah rumah sakit itu akan dijadikan rumah kedua Haziq dan mama. Dah 3 hari Haziq tak makan, badan pun dah lembik. Nak suakan aje, digeleng-gelengkan kepalanya. Bijak betul…Minum susu pun tak banyak seperti biasa, kadang-kadang 3-4 auns sahaja. Tapi setiap 3-4 jam kena bersedia sebab Haziq akan lapar semula.

Mama selalu dudukkan Haziq di peha walaupun Haziq tak suka sebab kepalanya masih tak kuat. Mama cuma pegang tangan Haziq dan biarkan kepalanya terlentok-lentok. Pandai-pandailah Haziq ‘ejas’ kepalanya nak bagi seimbang. Cuma kali ni mama perasan sesuatu…Haziq angkat punggung!!!! Beberapa kali dah mama tengok Haziq cuba angkat punggung seolah nak berdiri…Up…up dik….mama memberikan sokongan. Pagi ini sahaja beberapa kali Haziq angkat punggung bila didudukkan di peha.

Kebetulan berhenti di lampu isyarat.” Bang, cepat ambil video Haziq angkat punggung ni, ” sedap aje mulut memberi cadangan pada suami. Suami hanya mendiamkan diri. “Ni boleh jadi bukti perkembangan positif Haziq ni, sambungku lagi. “Ish, kan abang tengah memandu ni, karang dapat tengok video kemalangan pulak,” suamiku menjawab sambil tersenyum. Betul juga kata encik suami. Tak apalah, lain kali boleh rakam. InsyaAllah Haziq dah nampak lagi satu perubahan……Semakin yakin bahawa Haziq akan boleh berjalan walaupun kenyataannya masih menunggu bilakah detik-detik indah itu bakal menjelma…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s