Makan bubur kenyal

Minggu lepas ibu (pengasuh Haziq) beritahu bahawa selera makan Haziq telah kembali. Selepas seminggu lebih demam, batuk dan masalah kahak yang pekat, Haziq hanya minum susu dalam tempoh tersebut. Pernah juga mama sarankan ibu untuk cuba campurkan kismis dan kurma dalam bubur Haziq. Ibu cuba campurkan kurma. Kurma seperti yang kita tahu membekal cukup segala zat untuk keperluan tubuh. Sebab itu kalau kita berpuasa, makan kurma sahaja insyaAllah boleh memberikan kita tenaga sepanjang hari.

Petang itu seperti biasa mama ambil Haziq selepas waktu kerja. Agak lewat juga kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan. Sampai di rumah ibu, ibu khabarkan berita gembira bahawa berselera Haziq makan hari itu apabila buburnya dicampurkan dengan kurma kerana Haziq memang sukakan benda-benda yang manis. Cuma nak dapat kurma agak sukar sebab bukan bulan puasa. Mujurlah ibu dan abah terjumpa kurma di KIPMART yang baru dibuka. Ibu beritahu bahawa Haziq sudah tidak mahu makan bubur yang lembik. Ibu masakkan agak kenyal dan hanya suapkan menggunakan tangan seperti menyuap kanak-kanak biasa. Satu perkembangan yang baik!!!…Tak sabar mama nak suap sendiri Haziq dengan tangan mama…

Setiap kali ada perkembangan terbaru Haziq, pasti ibu maklumkan pada mama. Meskipun mama selalu terlepas momen-momen penting perubahan dan perkembangan Haziq, mama tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang insan yang sangat menyayangi Haziq seperti anaknya sendiri. Bukan mudah nak mendapat seorang pengasuh yang baik, tidak berkira, malah mengganggap anak kita seperti anaknya sendiri. Rezeki Haziq dan rezeki mama juga kerana Allah permudahkan segala urusan. Tujuh tahun ibu mengasuh anak-anak mama tanpa sebarang masalah, alhamdulillah……

Mama tak sabar menunggu hujung minggu untuk menyuap Haziq makan dengan tangan mama. Mama suruh ayah ke KIPMART cari kurma, alhamdulillah dapat sekotak. Untuk stok di rumah ibu…Di rumah hanya sempat sehari saja mama masakkan untuk Haziq kerana Ahad mama dah bertolak ke utara tanah air untuk berkursus selama empat minggu. Mama masakkan bubur, seperti biasa pukul 11 lebih Haziq dah mula ‘menyanyi’. Nak cakap lapar tak reti…menjerit sajalah yang memberi maksud ” Mama cepatlah, adik dah lapar ni..”. Mama suapkan Haziq, berselera! Subhanallah! Anak mama memang dah boleh makan bersuap! Mama tak tahu macam mana nak ekspressikan perasaan mama waktu itu. Syukur yang tidak terhingga kerana mama dapat lihat sedikit demi sedikit perkembangan Haziq…Alhamdulillah Ya Allah..

Mama pergi kursus dengan hati yang agak tenang sebab Haziq dah nak makan semula. Risau bila Haziq demam, tak ada selera makan, cuma bergantung pada susu soya Isomill. Berapa sangatlah zat/kebaikan yang ada pada susu soya  tu yang dapat menampung keperluan tubuh harian Haziq. Paling seronok kalau tengok masa Haziq betul-betul berselera. Kadang-kadang tak percaya juga sebab ‘portion’ nya kadangkala macam orang dewasa! Penuh semangkuk tapi alhamdulillah tak ada apa-apa yang memburukkan kesihatannya. Cuma sekarang ni tak sabar nak balik hujung minggu depan. Mama larat duduk di hujung sempadan ni. Tak apalah, mama balik walaupun sehari dan penat, mama yakin dapat tengok muka anak-anak mama, semua kepenatan,kelelahan dan pengorbanan itu terbayar….

 

2 thoughts on “Makan bubur kenyal

  1. alhamdulillah…
    bila gamaknya boleh jenguk haziq hehehehhe
    kita ni berjiran tapi susah nak jumpak kan?
    dah dapat tempat nak sambung blajar ke? bestnya….insyaAllah..tahun ni saya pun nak apply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s