Makan macam orang dewasa…..

Dah masuk hari kelima Aiman Haziq, Amirul Rahimi dan Amira Sofiyah ditinggalkan bersama-sama ayah mereka di rumah. Mama perlu menghadiri kursus selama sebulan. Mama letakkan kepercayaan kepada ayah untuk menguruskan anak-anak. Mama yakin ayah memang mampu melakukannya. Hampir setiap hari perkembangan Haziq akan diketahui. Telefon pengasuh pada tengah hari dan telefon ayah pada waktu petang atau malam. Pagi tadi sempat mama hubungi ayah waktu subuh bertanyakan perkembangan Haziq. Macam tahu-tahu sahaja mama call, menangis pula dia. Mama minta ayah letakkan telefon bimbit di telinga Haziq dan mama berbual dengan Haziq. Dengar sahaja suara mama, terus senyap. Cerdik anak mama ni…..

Tengah hari tadi pula mama hubungi pengasuh bertanyakan perkembangan Haziq. Nampaknya hari ni Haziq semakin menunjukkan kemanjaannya, tak mahu ditinggalkan bersendirian. Mesti nak ada orang di sebelahnya. Mama dapat juga bercakap dengan Haziq, errr…errr…bunyi suaranya tanda membalas perbualan. Ibu maklumkan pola pemakanan Haziq semakin berubah seperti orang dewasa. Waktu pagi pasti hendak sarapan, tengahari makan dan lewat petang juga minta perutnya diisi. Alhamdulillah, satu lagi perkembangan yang baik. Bila perutnya kenyang, tidaklah Haziq meragam, menangis tahan-tahan nafas. Seronok dengar Haziq dah makin berselera makan. Tak sabar rasanya nak jumpa anak-anak mama. Rindu rasa hati tapi pengorbanan ini bukan mudah. Mudah-mudahan Haziq memahami apa yang mama lakukan adalah untuk anak-anak kesayangan mama, supaya mama dapat lakukan sesuatu untuk Haziq, biar apa pun yang bakal mama lalui, mama akan cuba harungi….

Apa yang penting, mama sentiasa doakan Haziq sihat sepanjang mama berkursus di sini supaya mama dapat melalui cabaran kecil ini dengan tenang. Anak mama, terus berjuang ya sayang..kuatkan semangat Haziq, doakan mama, mama yakin Haziq akan sembuh biarpun mama perlu menunggu…….

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s