Haziq kena tinggal…

Kalaulah Haziq boleh bercakap, mama rasa dah lama cair telinga mama ni mendengar keluhan anak-anak mama. Asyik-asyik keluar….asyik-asyik keluar …..Bukanlah kerap mana pun keluar tetapi kali ini keluarnya sangat lama, sebulan! Anak-anak meninggalkan pesan di papan putih yang tergantung di dinding dapur supaya tidak pergi lama-lama kerana mereka rindu. Sayu rasa hati melihat dan merasai apa yang mereka luahkan. Kalaulah Haziq boleh berkata-kata, mama rasa Haziq pun dah pandai nak membebel…

Nak buat macam mana, mama keluar kerana tugas sayang…kesian juga pada Haziq. Kalau kakak dan abangnya dah tak ada masalah sangat. Dah besar, dah boleh faham arahan dan senang diurus. Lagi senang diurus bila mama tiada berbanding kalau mama ada di rumah. masa tulah nak meliuk-liuk badan, nak manja-manja dan mengada-ngada.Hish…anak-anak sengaja mencari perhatian mamanya. Sempatlah jugak mama balik minggu lepas jenguk anak-anak tapi Rahimi pula yang ’emo’. Tak nak tengok mama pergi semula….sedih katanya…

Tiap-tiap hari mama akan telefon bertanyakan perkembangan Haziq. Dapat dengar Haziq sihat, berselera makan pun dah cukup bahagia buat mama. Cuma, beberapa hari ni Haziq ditinggalkan dalam keadaan selesema. Kasihan juga sebab pernafasannya sering terganggu dek hingus likat yang berkumpul, pekat di dalam hidung. Mama serahkan tugas kepada ayah untuk menguruskan anak-anak untuk tempoh hanya tinggal dua minggu lagi. Ayah pun kata anak-anak senang diuruskan. Haziq pun tidur malamnya nyenyak dek kerana kekenyangan makan tiga kali sehari. Mama teringat sewaktu mama hendak kembali semula ke tempat berkursus Ahad lepas. Haziq meragam walaupun baru sahaja sejam minum susu.Angkat-angkat badan, rupa-rupanya nak mama suapkan nasi!. Bukanlah makan banyak mana pun tapi naluri Haziq agaknya hendakkan tangan mama menyuapkan sebelum ditinggalkan sekali lagi. Sah, memang itulah permintaannya. Dapat makan sedikit terus tersenyum…..anak mama ni…..

Mama tinggalkan Haziq tanpa mencium pipi dan dahi Haziq seperti kebiasaannya. Bukan apa, lagi dicium, lagi berat hati mama nak tinggalkan Haziq untuk tempoh yang lama. Pipi ayah sahajalah yang jadi pengganti…hehehe….Mama doakan Haziq sentiasa sihat sepanjang tempoh duduk dengan ayah di rumah ya sayang…Jangan nakal-nakal, mama dah kata..kalau nak menangis, menangis hanya untuk maklumkan mama atau ayah bahawa Haziq sakit, lapar ataupun haus. Itu sahaja. Teringat kata-kata Prof Yusserie. Tak mahulah manja-manja sangat….sikit-sikit nak menangis…..Kena jadi anak yang kuat semangat dan kuat semangat dan kuat semangat. Mama yakin Haziq boleh……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s