Haziq…….mama rindulah…..

Mama rindu Aiman Haziq!!!! Anak-anak yang lain pun mama rindu juga tapi rindu pada Aiman Haziq banyak bezanya. Aiman Haziq anak istimewa, Haziq dapat perhatian lebih daripada mama. Abang dan kakak Haziq pun mula faham kenapa perhatian mama lebih pada Haziq. Mama bangga pada Amirul Rahimi dan Amira Sofiyah juga kerana memahami bahawa mereka punya adik yang istimewa dan menunjukkan kasih sayang mereka pada adik mereka yang seorang ini. Walaupun mereka terlalu muda untuk memahami apa sebenarnya penyakit Haziq, cukuplah sekadar mereka mula memahami bahawa adik mereka berbeza daripada orang lain dan memerlukan perhatian yang lebih.

Dah dua minggu mama di EDC ni. Kalaulah tak kerana hadirnya mama di sini untuk mencari ilmu, mama lebih suka duduk di rumah. Pergi balik kerja dah dapat tatap wajah Haziq, dapat dengar rengekan Haziq, dapat suap Haziq dengan tangan mama, dapat mandikan Haziq dan dapat menyusukan Haziq bila tiba masanya. Dah dua minggu rutin-rutin itu tidak mama lakukan. Mujur juga dapat balik minggu lepas. Dapatlah melepas rindu. Minggu ni mama tak dapat nak balik sebab kelas di hujung minggu. Hari Sabtu pun ada kelas. Nasib-nasiblah, kalau penceramah taknak ubah jadual untuk jadi fleksibel, kita ni sebagai peserta kursus kenalah berkorban. Mama kena terimalah, berjauhan dengan anak-anak tetapi dapat ilmu baru yang akan mama aplikasikan dalam pengajian mama lepas ni. Betul kata kawan mama, kadang-kadang kita dapat sesuatu tetapi kita terpaksa lepaskan sesuatu.

Hari ini, setengah hari mama duduk dalam bilik kursus mendengar pembentangan rakan-rakan bakal ‘doctorate’ dari kumpulan lain. Kumpulan mama pun kena buat pembentangan jugak. Mama hanya ada masa empat jam untuk buat persediaan dan terus buat pembentangan. Sakit jugalah kepala. Mama tidaknya, kerja yang sepatutnya dirancang dan dibuat dalam masa setahun, kami perlu buat dalam masa 4 jam. Cuba bayangkan!!!! (Tutup mata…bayang…..melayang-layanglah jawabnya)…..Akhirnya, berjaya juga kami buat pembentangan..kritikan, soalan, cuba dijawab. sekadar hendak memberi keyakinan dan keberanian pada diri sendiri…..

Habis pembentangan, fokus mama dah lari dah. Sebenarnya tidaklah begitu memberikan tumpuan kepada pembentangan rakan-rakan yang lain. Rindu datang lagi. Entah berapa kali mama belek gambar anak-anak mama yang memang tersimpan dalam komputer riba mama yang sedia terbuka sejak pagi. Sekejap-sekejap mama tukar background laptop mama. mama ganti gambar anak-anak mama, lepas tu tukar gambar Haziq, lepas tu tukar lagi..dan tukar dan tukar…….Kalaulah sejam mama dah boleh sampai ke Pasir Gudang, hish….lama dah mama balik……Cemburu jugak bila tengok kawan-kawan yang tinggal berdekatan dapat berulang-alik dan bertemu keluarga saban hari. Ini membuatkan mama rasa seolah nak tempah tiket kapal terbang untuk balik minggu hadapan. Fikir…fikir…….

Malam ni pula mama keseorangan di bilik sebab teman sebilik tidur di rumah kawannya yang tinggal di sini. Lagilah rindu pada anak-anak…..Biasanya waktu begini mama dah letakkan Haziq di lengan mama atau mama dah ‘landing’ di sebelah Haziq. Kononnya belai Haziq untuk tidur, tapi biasanya mama yang tidur dulu…Kesian Haziq, dua minggu tak jumpa mama. Entah ingat entahkan tidak. Sayu hati mama minggu lepas bila mama nak balik semula ke UUM. Haziq merengek-rengek nakkan mama suapkan Haziq makan tengahari. Dapat sahaja suapan mama, terus senyap.  Mama letakkan gambar anak-anak mama di komputer riba sebagai pelepas rindu. Nak rindukan ayah, kuranglah sikit sebab dah boleh bersembang bila berhubung. Haziq ni, bercakap tak boleh, mama seorang sahaja yang bercakap…riiiiiiiiiinnnnnnnnnduuuuuu sangat nak dengar Haziq sebut ‘mama’. Kadang-kadang menitik air mata bila ingatkan Haziq tapi nak buat macam mana. Semua orang dalam keluarga kita perlu berkorban. Semoga pengorbanan mama, ayah dan anak-anak berbaloi.

Haziq, mama sangat rindu pada Haziq….Walaupun Haziq tak boleh bercakap atau mungkin tak faham, mama  dapat rasa Haziq boleh ‘rasa’ apa yang mama lalui sekarang. Mama rasa Haziq faham apa yang sedang kita lalui cuma Haziq tak punya keupayaan untuk melahirkannya dengan kata-kata. Mama tahu Haziq boleh dengar setiap patah kata mama. Walaupun Haziq tak pernah menatap wajah mama secara terus, tak apa……cukup sekadar mama tahu bahawa Haziq sebenarnya mula memahami secara perlahan-lahan apa yang berlaku di sekeliling Haziq…….Tak apalah, mama tahankan dahulu kerinduan mama ni pada Haziq, cukuplah dapat buat panggilan video.Dapat tengok muka Haziq pun cukuplah walaupun tak dapat nak berbual-bual dengan Haziq….sabar ye sayang, kalau ada peluang minggu depan mama balik…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s