Haziq oh Haziq……..

Tamatlah sudah tempoh berkursus selama sebulan di Sintok. Memang tak sabar sungguh mama hendak bertemu anak-anak kesayangan. Seperti biasa, nota di papan putih di sudut dinding dapur menyambut kepulangan mama dan seperti biasa, air mata mama akan mengalir tanpa sedar. Rindu mama pada Haziq terutamanya terubat. Mendengar rengekan dan gelak tawa Haziq sudah cukup menghilangkan semua keletihan akibat perjalanan yang mengambil masa hampir setengah hari. Kalau orang bercinta, lautan api pun mereka akan kata sanggup direnangi tetapi, bagi mama perjalanan jauh akan menjadi dekat dengan dekatnya rasa cinta kepada buah hati pengarang jantung mama.

Melihat senyuman Haziq sahaja membuatkan mama sungguh bahagia. Mama rasa seolah dunia ini mama yang punya. Senyuman Haziq dan tawa Haziq menunjukkan perkembangan yang positif. Kadang-kadang mama buka tapak tangan Haziq dan mama geletek, Haziq ketawa. Sebelum ini, geletek di bahagian belakang badan sahaja yang boleh membuatkan Haziq ketawa. Mama cuba juga di tapak kaki, nampaknya Haziq tertawa juga. Mama dapat melihat bahawa deria rasa geli Haziq berfungsi. Walaupun mata Haziq masih tak fokus pada mama dan ayah, sekurang-kurangnya Haziq dah mula mencari-cari bila mendengar suara ayah, mama mahupun ibunya. Suatu perkembangan yang positif. Haziq pun dah pandai memusing-musingkan badan mencari arah cahaya..pandai merajuk tak mahu masuk ke rumah bila dibawa keluar berjalan.

Hujung bulan ni mama akan bawa Haziq ke HKL sekali lagi untuk temujanji bersama-sama pakar metabolik dan pakar neuro di institut pediatrik HKL. Mama fikir hendak meminta pakar di sana menjalankan ujian EEG sekali lagi bagi melihat perkembangan gelombang otak Haziq selepas mengamalkan makanan tambahan. Mama pun tak sabar menunggu hasil ujian darah mama dan ayah untuk mengetahui adakah penyakit Haziq ini dideritai akibat keturunan daripada salah seorang daripada mama mahupun ayah. Kita lihat sahajalah ye nak…..

Advertisements

2 thoughts on “Haziq oh Haziq……..

  1. Askum puan, sy ain dr perak. Ank prmpuan sy skrg dh brumur 4 thn. Ms umur 3 bln dia kena shaken bby sndrome. Efek dia skrg kaki knn nye bgkok kedlm. Ada ksan jg pd lutut dn tulg blkg. Doc mncdgkn suntikan botox pd betisnya. Soalan sy, adakah suntikan itu sgt sakit hngga mmbuatkn kita tak snggup mlihat ank ksakitan. Dan kesan botoz tu mmg boleh dlihat sgera ke puan? Tkasij

    • Waalaikumsalam Ain.Sebelum tu boleh ke saya nak tanya.Pernah tak bawa anak buat kaedah alternatif? Urut ke….botox tu pasti sakit…sama mcm suntikan lain.cuma botox tu bertujuan nak paralysedkan otot anak supaya lembut dan memudahkan exercise.itu prosedur doktor tapi kalau boleh cuba urut dulu.kalau botox lepas tu x buat intensif exercise pun tak guna juga.kesannya taklah dpt dilihat dalam kadar segera.Pendapat peribadi says…kalau boleh..elak dulu.cuba alternatif treatment.kita nak muscle anak kita berfungsi…bukan berfungsi lepas kita lemahkan muscle tu.tapi kalau rasa kaedah lain tak memberangsangkan…bolehlah buat keputusan untuk melakukan prosedur botox.sy pun dicadangkan buat untuk kali kefua tapi sebab sy sedang impliment stimulateraphy…saya mengelak daripada prosedur tersebut untuk kedua kalinya….harap dapat membantu dan semoga semua urusan Ain dipermudahkan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s