Terapi Cara Kerja dan Fisioterapi 12 Mei 2011

Pagi ni mama terlewat bangun. Pukul 5.30 mama baru tersedar sedangkan mama dah set jam untuk bangun jam 4.30 pagi. Kelam kabutlah mama dibuatnya. Memang benar sungguhlah pesan ayah berkali-kali, siapkan apa yang patut malam sebelumnya supaya tak kelam kabut, mama je yang degil….padahnya..sendiri mau ingatlah. Celik-celik mata mama terus bergegas ke dapur masak bubur untuk Haziq supaya Haziq tak kelaparan sewaktu proses menunggu untuk terapi sepanjang pagi ni. Sambil tu, mama sempat menggosok baju Sofiyah, jerang air dan buatlah apa yang patut sikit-sikit…..Pukul 7.20 baru keluar rumah.

Hari ni nampak mood Haziq macam ok je pagi-pagi. Bangun tidur je pagi tadi, mama dah suakan susu, burp……kekenyangan, senyap…..sampai di HSI, temujanji pertama terapi cara kerja pukul 9.30 pagi. Hari ni mama dengan sungguh cantik dan cunnya(perasan…), dengan berbatik tapi bawa beg galas…hehehe…dek kerana keperluan Haziq, mama buat tak tau jelah…ada mama kesah???? Di bahuku ada  termos, ada susu, ada bubur dan ada air….mujur tak ada yang tumpah..kalau tidak…….(cuba bayangkan…..)…

muka happy tapi gigi dah tak cantik…..ni masa dalam kereta, on the way ke HSI

Sampai di OT (Jabatan Jurupulih Cara Kerja), kena menunggu sebab sampai sedikit awal. Seperti biasa, appointment kali ni masih dengan terapist En.Hasmuridan yang lebih mesra kami panggil Dan aje. Selalu dengan Syikin, tapi bila terserempak Syikin pagi tadi, statement kelakar Syikin ialah dia hampir tak perasankan mama kerana mama nampak sedikit berubah katanya. Mama tampak lebih kurus katanya…hihihi perasan lagi…….cuma katanya Haziq nampak dah besar, almaklumlah,dah 9 kilo beratnya. Alhamdulillah, seronok juga bila tengok berat badan Haziq bertambah. Pagi ni memang betul telahan mama, mood Haziq baik aje sepanjang sesi terapi cara kerja. Boleh gelak-gelak lagi bila kena geletek. Mama ada ambil video terapi Haziq tapi tak pandailah pulak nak upload, belum habis menuntut ilmu lagi ni…

Ibu jari Haziq yang selalu masuk ke dalam dah semakin lembut dan mudah nak dikeluarkan walaupun masih perlu pakai splint tangan. Kaki Haziq pun dah tak keras sangat, bak kata mereka, dah kurang ketatnya. Tangan pun dah boleh diangkat menghampiri bahagian atas kepala. Cuma masalah sekarang, kawalan kepala Haziq yang masih lemah dan perlukan banyak latihan. Bila terapi menggunakan bole, Haziq dah boleh melonjakkan sikit badannya ke belakang. Nampak perkembangan positif kaki yang semakin kuat cuma tumpuan sekarang perlu diberikan lebih untuk menguatkan bahagian kepala.

Sedikit foto sesi terapi Haziq:

En Dan mula beraksi…

Ayah pun buatkan terapi untuk Haziq..

 Haziq main bola….

Tolak yah tolak….

Penatlah ma…….nak tidur kejap boleh???

Sejam sesi terapi, Haziq terus menjerit sekuat hati dia. Mama saja biarkan sebab mama dah tau dah..Haziq memang tak reti nak sabar bila dah lapar sangat, masuk je bubur dalam mulut, terus senyap……dapat jugak mama suakan susu sekali lagi untuk bagi Haziq betul-betul kenyang. Haziq dah kenyang…tersengih-sengih dia…hmmmm mama dah tau dah ‘trick’ Haziq ni….auta je lebih…….

Masuk pulak bilik fisioterapi selepas sejam diberikan ‘gap’ untuk berehat. Ha…masa ni masa yang kurang menyeronokkan sebab Haziq dah layu, matanya dah kuyu benar..siap dah tertidur sementara tunggu giliran. Terapist tak ramai, pesakit ramai, jadi kenalah sabar menunggu. Ini memang masa Haziq tidur, jadi sedikit moody jadinya. Cuba tengok gambar-gambar ni…

Latihan menguatkan otot tangan…

latihan menguatkan otot leher…

latihan imbangan badan..

latihan berdiri atas standing frame…ala…Haziq tak cukup tinggilah…..menangislah……

Diam tak diam….pukul 1 baru mama dan Haziq dapat keluar daripada pintu masuk HSI. Mama perasan ramai yang memerhatikan Haziq, almaklumlah, kaki tangannya semua pakai kasut dan sarung tangan istimewa. Mesti orang tertanya-tanya kan..apalah sakit budak ni..cacat ke? comel tapi tak boleh jalan….mama dah dapat rasakan seolah itulah yang bermain-main dalam fikiran orang yang melihat Haziq. Mama dah tak kisah dah….ada aku kesah??? hehehe. Apa yang penting, Haziq kan anak mama….ikut suka mamalah nak rasa apa kan…..kan…

Balik terus hantar Haziq ke rumah ibu, lepas tu terus makan dan terus masuk ke pejabat. Apa lagi..mama pun teruslah mengadap komputer dan memasukkan entri untuk sesi terapi Haziq supaya mama tak terlupa dan jadi malas kalau bahannya dah lambat sangat untuk mama upload. Takpe ye Haziq..esok ada satu lagi sesi…sesi ‘mencucuk’kan Haziq dengan botox ye…..siap sedia ye sayang……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s