Suntikan botox

Selepas mama memahami segala penerangan  yang diberikan Dr Sharon berkenaan suntikan botox, maka tibalah harinya prosedur tersebut dijalankan. Temujanji pada pukul 10.00 pagi tapi Haziq diminta datang lebih awal untuk prosedur pemeriksaan dan juga diberikan ubat tidur supaya Haziq tidak merasai kesakitan tatkala suntikan tersebut diberikan. Pukul 9.00 pagi kami dah tiba di HSI. Hari ni, semua anak-anak dibawa bersama-sama. Kebetulan Rahimi memang bercuti sekolah agama kerana ada pelajar di kelas yang lebih tinggi menduduki peperiksaan. Sofiyah pula sengaja dicutikan kerana kesukaran ayah untuk berulang alik menjemput Sofiyah dari sekolah. Justeru kami lima beranak pun berbondong-bondonglah ke HSI. Mood Haziq masih baik, mujur tak demam, kalau demam sah prosedur suntikan botox itu terpaksa ditangguhkan.

Selain diberikan ubat cecair untuk menidurkan Haziq, Haziq juga diberikan ubat bius di bahagian luar kulit untuk mengurangkan kesakitan.

Tidurlah konon-kononnya sebelum prosedur

bahagian yang ditandakan diletakkan ubat bius supaya meresap lebih cepat

Cecair botox

Tunggu punya tunggu, sekejap saja Haziq mamai. Usap-usap kepalanya, terlentoklah juga tetapi sekejap sangat. Dr Sharon harap ubat bius di bahagian kulit luar telah mula berfungsi dan meneruskan suntikan. Tiga suntikan di betis kanan dan tiga suntikan di betis kiri. Wa!!!!!!!!! menjerit Haziq, agaknya ubat bius tu belum benar-benar menyerap. Yang geramnya, habis je prosedur, dia boleh tergelak dan tersengih-sengih. Haziq…Haziq…..Nasib baiklah prosedur tak begitu lama. Mama mula-mula tu macam tak sanggup jugak nak tengok Haziq kena cucuk sampai enam das tapi terpaksalah keringkan hati. Masa bagi ‘sedation liquid’ pun, mama yang buat sebab mama je tahu macam mana cara nak bagi ubat tu masuk walaupun sekuat hati Haziq menjerit sebab ubat tu pahit. Dah namanya ubat, jarang jumpa ubat yang manis. Manis tu penyakit…..

Lebih kurang pukul 1o.45 pagi kami keluar dari Jabatan Rehabilitasi. Perlu datang dua minggu lagi untuk lihat perkembangan kaki Haziq. Haziq disarankan pakai ‘splint’ secara berterusan untuk membantu otot yang dilembutkan untuk mudah ditegakkan. Mungkin splint baru akan dibuat melihat kepada perkembangan suntikan yang dibuat. Alhamdulillah, Haziq tak demam selepas suntikan. Kakak dan abangnya pulak sibuk nak menyorong kereta Haziq. Nah…sorong….

Haziq pun nampak suka disorong abang dan kakaknya…

Selamat sampai di pejabat jam 11.30 pagi.  Sebelum tu sempat hantar anak-anak ke rumah pengasuh seperti biasa…..Tak sabar nak tunggu lagi dua minggu untuk bercerita dengan doktor mengenai perkembangan Haziq…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s