Ke KL 7 jam setengah???

Hari ini temujanji Haziq di HKL. Ada dua temujanji di Institut Pediatrik HKL. Satu di klinik neurologi dan satu lagi di klinik genetik/metabolik. Temujanji pertama jam 9.30 pagi. Mama dan ayah dah rancang nak sampai di pediatrik lebih awal. Kalau dapat sampai seawal jam 7.00 pagi pun tak apa kerana hendakkan tempat meletak kenderaan di situ. Harap-harap dapatlah sampai pada masa yang dirancangkan. Hendak dijadikan cerita, kami pun bertolaklah dari rumah jam 2 pagi.Kononnya nak bergerak lebih awal tetapi disebabkan ada tuntutan tugas yang tak sampai hati nak ditinggalkan begitu saja, maka mama ambil keputusan bertolak sedikit lewat. Congak-congak, sepatutnya pukul 7 kami dah boleh sampai. Kali ini, kami bawa pembantu yang diharapkan boleh menunjuk jalan memandangkan lepas temujanji, mama ada tugas lain di sekitar Kuala Lumpur. Tiba di Seremban jam 5.50 pagi lebih kurang, usai mama dan ayah solat secara bergilir-gilir, kami pun menuju ke KL. Pembantu kami dah beritahu suruh ikut jalan-jalan yang diarahkan dalam sistem tapi bak kata orang Kedah “ketegaq!” tak mahu juga ikut kononnya tak pernah lalu jalan tersebut. Punyalah nak tunjuk pandai, nak ikut juga jalan yang biasa dilalui. Rupa-rupanya!!!!!!!!!!!!!!!!……………
 
Rupa-rupanya….terowong Smart ditutup kerana diaktifkan akibat banjir Sabtu lepas. Sambil-sambil dalam kereta tu dengarlan Sinar FM tentang khianat mengkhianati…kami pun sambil-sambil gelak kononnya nak mengkhianatlah pembantu kami sebab tak mahu ikut arah jalan yang diberikan. Sudahnya…..dari jam 7.00 pagi hingga hampir 9.15 pagi kami tersangkut dalam kesesakan jalan raya!!! Aduh….bawa pulak kereta manual…lagilah bagai nak patah kaki encik pemandu..huhuhuhu….Encik pemandu dah mengeluh kerana ‘jem’ yang begitu menyesakkan. Elok saja dalam bengang-bengang tu, keluar pula lagu Khatijah Ibrahim, ku selalu di sampingmu…..jadi mama pun tujukanlah lagu tu untuk ayah bagi meredakan tekanan……Bayangkanlah dua jam tu….sudahnya, elok-elok boleh sampai KL dalam masa 4 jam setengah, hari ini rekod tercipta bila mama dan ayah sampai dalam masa 7 jam setengah!!!!…Fuhhhh….
kereta pun dah tak tentu arah…
Kalaulah pembantu kami tadi tu boleh bercakap..sah-sah kami dah kena gelak berdekah-dekah. Tulah…konon nak khianat akhirnya sendiri terima padah….Terpaksalah juga redha dengan keadaan yang harus ditempuhi. Akhirnya tepat jam 9.30 pagi kami sampai di HKL. Alhamdulillah…mama pun terus mendaftar dan Allah mudahkan segala urusan, pukul 10.00 dapat masuk untuk temujanji pertama dan temujanji kedua berakhir pukul 12.00 tengahari. Perlu datang semula untuk temujanji neuro 4 bulan akan datang dan temujanji metabolik setahun lagi.Mama ceritakan perkembangan Haziq pada pakar neuro. Mama nyatakan mama dah hentikan ubatan hospital dan fokus pada supplement TF Haziq sahaja dan mama pun rancang nak tambah jus Rivioda kalau tak silap namanya. Jadi mama perlu peruntukkan RM800 untuk Haziq setiap bulan selepas ini untuk suplement sahaja. Jadi, mama dan ayah kena bekerja keras demi kesembuhan Haziq. Doktor nampaknya tidak membantah apa yang mama buat memandangkan ada perkembangan positif selepas haziq amalkan TF, Doktor kata, mama’s decision…jadi mama rasa inilah yang terbaik buat Haziq ketika ini. Sekiranya perkembangan Haziq kurang memberangsangkan selepas ini, ya..mama akan pertimbangkan cadangan pasukan perubatan HKL yang selama ini banyak membantu Haziq.
Masuk bilik metabolik, Dr Ngu, pakar metabolik di HKL dan Malaysia mengkhabarkan keputusan darah mama dan ayah yang dah lama kami tunggu-tunggu. Masa tu,ada dua orang misi yang bersama-sama dalam bilik tersebut. Bila Dr Ngu maklumkan bahawa keputusan darah tersebut menunjukkan masalah pada kromosom mama…mama boleh tergelak-gelak sambil bertanya sama ada perlukah mama membuat rawatan untuk metabolik? Dr Ngu hanya tersenyum dan akhirnya menyatakan tidak perlu kerana mama sihat. Agaknya misi-misi tu pelik bagaimana mama masih boleh tergelak sedangkan mama tahu kromosom mama bermasalah dan jelas bahawa kromosom yang bermasalah inilah mendatangkan risiko yang sama pada Haziq. Mama dah bersedia..Doktor pun pernah maklumkan pada mama sebelum ini bahawa walaupun kita ni tak sakit, normal, memang ada kemungkinan kromosom kita bermasalah atau gen kita bermasalah, jadi mama belajar menerima. Alhamdulillah, ujian darah ayah tak ada sebarang masalah.
Doktor ada bertanya sama ada mama nak mengandung lagi….mama rasa…hmmmm….bab ni mungkin mama belum bersedia kerana mama ingin tumpukan sepenuh perhatian pada Haziq. Walaupun hati meronta-ronta ingin menambah bilangan ahli keluarga, mama perlu fokuskan apa yang penting dahulu. Mama sentiasa yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Terdetik juga di hati mama bahawa mamalah puncanya Haziq jadi begini tetapi cepat-cepat mama pujuk hati, cepat-cepat mama yakinkan diri bahawa semua ini adalah suratan. Kalaulah bukan kerana kromosom mama bermasalah, mungkin Haziq tak ada hari ini dan mungkin juga mama tidak berpeluang merasai mencurah kasih sayang pada Haziq…Mama set dalam kepala bahawa inilah situasi di mana Allah nak uji setabah mana mama, Allah nak duga sekuat mana dan setebal mana keyakinan mama terhadap kuasaNya….
Mama bersyukur sangat dapat suami yang menjadi bahu tempat mama bersandar, menjadi tulang kekuatan mama dan menjadi pendamping yang menjadi penenang hati mama. Mama tahu pada peringkat awal memang susah juga kami nak terima semua ini tetapi kami cepat bangun, kami cepat sedar bahawa kehidupan ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai. Allah dah janji bahawa segala ujian yang diberikan adalah tidak melebihi batas kemampuan setiap hambaNya….justeru itu yang membuatkan kami lebih kuat, lebih mesra dan lebih erat ikatan kasih sayang kami, alhamdulillah. Semoga kasih sayang ini berpanjangan hingga ke syurga. Doakan kami ye sahabat….
Ahakss…..jadi sesi luahan hatilah pula dalam blog Haziq ni….tapi inilah peristiwa yang kami lalui hari ini. Allah duga di jalan raya, Dia berikan kemudahan dalam proses temujanji, alhamdulillah. Haziq pun tak meragam hari ni,asyik ketawa sahaja. Senang hati mama……. Siap semua urusan di HKL, mama dan ayah masih memerlukan bantuan pembantu kami untuk ke Olympis Sports Hotel di Jalan Hang Jebat. Selepas dipandu, akhirnya sampailah kami ke destinasi. Bukan untuk berpoya-poya tetapi atas tuntutan tugas juga. Mama perlu bersedia untuk majlis pelancaran SIPMA ke 4 2011 yang dijadualkan esok.
                           
Lega rasa dapat ‘landing’….
Kasihan ayah…dah penat sangat, dapat katil terus tidur….Haziq je masih melayan lampu di tepi katil. Suka sangat dengan cahaya sampai tak mahu tidur. Mama biarkan ayah lena, mama pun duduk mengetuk pc di depan mata. Asalkan Haziq tak meragam cukuplah…….ada lagi kerja mama yang masih belum selesai……..kalau ada perkembangan Haziq, nanti mama kongsikan lagi ye….Terima kasih kepada pembantu setia kami, ENCIK GPS yang baru je ayah beli semata-mata kerana kesiankan mama yang bakal berkampung di Melaka selama dua minggu minggu depan yang ‘buta’ jalan Melaka……..ni try cuba test uji encik pembantulah ni kononnya……………
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s