Jumpa lagi pada 9/8/2011 ye….

30hb Mei lepas Haziq dibawa lagi ke klinik rehab untuk Dr Sharon menilai perkembangan kaki Haziq selepas dua minggu suntikan botox dibuat. Mama sendiri memang rasa lega dan puas hati dengan perkembangan Haziq. Kaki Haziq, maksud mama, otot kaki Haziq dah semakin lembut dan mudah hendak masukkan kaki dalam kasut istimewanya. Temujanji kali ini memang menduga juga. Sepatutnya temujanji pada pukul 8.30 pagi, jadi seawal pagi kami dah keluar rumah. Kebetulan anak-anak pun dah mula cuti sekolah, jadi angkut semuanya. Bila sampai, rupanya doktor pergi melawat pesakit di wad dahulu. Kena menunggu. Sejam menunggu, dibawa bertemu doktor Zafee. Sebelum ni pun pernah bertemu doktor tersebut bersama-sama Dr Sharon. Ukuran kaki Haziq diambil, nampak ada perkembangan yang baik. Lenturan kaki Haziq makin positif, hanya perlukan latihan yang lebih giat.

Sempatlah bertemu Dr Sharon selepas tamat rutin beliau di wad. Ada beberapa perkembangan Haziq telah dimaklumkan kepada Dr Sharon dan nampaknya Dr Sharon juga berpuas hati dengan perkembangan Haziq.Kaki Haziq pun nampaknya lebih kuat. Dah semakin rajin mengangkat badan untuk berdiri. Berdiri pun dah agak tegak. Lutut dah tak bengkok sangat kalau berdiri. Mama rasa seronok sangat. mudah-mudahan HAziq pun akan terus kuat semangat. Sekarang Haziq ditinggalkan lagi dengan ayah selama dua minggu kerana mama ada tuntutan tugas di luar daerah. Temujanji doktor pada bulan puasa. Mudah-mudahan dalam tempoh dua bulan ini lebih banyak perubahan positif yang berlaku pada Haziq…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s