Haziq mula tolak lampu…

Beberapa hari lepas suami ada hubungi saya dan memaklumkan perkembangan terbaru Haziq. Ketika itu saya masih berada di Melaka dek kerana melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan. Kebetulan, pengasuh pun ada maklumkan perkembangan yang hampir sama berkenaan Haziq. Sayang sekali saya terlepas momen-momen tersebut. Haziq dikatakan semakin kerap meniarap. Pernah sekali suami meletakkan lampu suluh kecil di sebelah kanan berhampiran matanya. Haziq mencari arah lampu suluh mini berwarna hijau tersebut dan mengangkat tangannya seraya menolak lampu tersebut. Suami seakan tidak percaya dan cuba sekali lagi dan Haziq berjaya sekali lagi menolak lampu suluh itu. Haziq juga semakin kerap tersenyum dengan mengeluarkan rengekan suara. Kadang-kadang tertawa sendiri. Seronok mendengarnya kerana perkembangan ini membuktikan bahawa Haziq sedang melalui satu episod peralihan dalam hidupnya. Mungkin sebab usianya yang kian membesar. Haziq dah cam suara kakaknya, suara si abang, suara ayah dan pastinya suara mama….

 

Semalam saya sampai dari Melaka lewat tengahari. Bila masuk sahaja ke rumah, saya lihat Haziq sedang berbaring di hadapan televisyen, tengok tv lah tu kononnya…Saya rapati dan memanggil-manggil namanya dan melihat responnya apabila Haziq mencari-cari arah suara saya. Suka benar bila dipegang dan diangkat. Nak letak semula, cepat sahaja merengek. Pandai betul anak mama ni…….Puas rasa hati bila dapat suap Haziq makan, dapat mandikan dia, malah dapat lakukan apa yang saya suka. Anak-anak yang lain pun saya lihat semakin dewasa, senang nak handle..Sofiyah pun dah tak banyak sangat ragamnya….hmmm beginilah keadaannya bila asyik keluar, perkembangan anak-anak banyak yang kita terlepas. Ruginya…….

2 thoughts on “Haziq mula tolak lampu…

  1. Puan,
    terus tabah dalam menghadapi anak istimewa seperti haziq….saya sendiri mempunyai 2 org anak yg menghidapi GDD..kedua-duanya lelaki..seorg bernama Eizwan yg berusia 5tahun..dan adiknya, Hazieq yg berusia 3 tahun skrg ini…saya faham keadaan puan skrg ini..

    • Puteri Eirma: Terima kasih atas semangat yang diberikan. Kita adalah insan-insan yang memang telah ditentukan untuk melalui episod ujian ini. Semoga kita sama-sama kuat menghadapinya…Tentu ujian puan lebih hebat daripada saya..Kebetulan pula nama anak kita sama ye..usia pun sama…..mungkin kita boleh berkongsi cerita selepas ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s