Haziq muntah-muntah

“Sayang…..cepat tolong, Haziq muntah ni,” suami dengan kelam kabut mengeluarkan Haziq daripada car seat yang dah dipenuhi muntah semalam. Kebetulan saya baru saja park kereta, baru saja buka pintu kereta. Kelam kabutlah jugak, dengan beg di tangan, semuanya main lempar je sebab nak dahulukan Haziq yang masih lagi mengeluarkan isi perutnya. “Ya Allah….kenapa ni dik…, mesti perut tak sedap ni,” saya mengagak. Katanya Haziq baru sahaja lepas makan dan minum di rumah ibunya, tiba-tiba muntah pula. Suami maklumkan sebenarnya sewaktu hendak diambil pun dah muntah sekali, ini elok je sampai di rumah, muntah lagi. Mama pun dapatlah hadiah muntah Haziq..hmm..macam biasalah…ini rahmat yang Allah beri pada mama. Kalau dulu, masa Rahimi dan Sofiyah, kalau mereka muntah sahaja, mama memang tak boleh nak tengok, mesti mama pun muntah sekali, tak tahu kenapa. Bila tiba giliran Haziq, oleh kerana masa Haziq kecil dulu hampir setiap hari mama dimuntahi, dah lali dah….dah tak rasa apa, geli tak ada, rasa loya pun tak ada….biarpun muntah Haziq tu membuak sampai mama basah…..mama langsung dah tak kisah……

Habis baju Haziq lencun dengan muntah, terus mama buka takut Haziq kesejukan. Ayah terus membersihkan baby car seat dan seat yang terkena muntah, kalau tunggu-tunggu memang berbaulah kereta nanti. Mama lapkan badan Haziq dan tukarkan dengan persalinan baru. Haziq pun baringlah depan televisyen sementara mama tukar baju yang dah basah. Haziq merengek-rengek, haus agaknya sebab perut dah kosong. Kesian pulak mama mendengarnya. Pergilah bancuhkan susu dan suakan. Bersungguh-sungguh Haziq menghisapnya. Sahlah haus sangat ni. Belum sempat habis tiba-tiba……bbbrrrrruuuaaakkkkkk…..tersembur-sembur susu keluar dari mulut Haziq. Sedang elok je mama baru tukar baju, basah lagi……kali ni mama yang lencun sebab entah kenapa bila Haziq muntah, boleh pulak pusingkan badannya ke badan sendiri, dapatlah hadiah muntah susu suam-suam hangat….hehehehe…..

Sekali lagi Haziq kepenatan sebab habis keluar semua isi perutnya..kali ni mama dah standbykan kain lap dengan bekas air, senang nak lap badan Haziq. Mama pun sekali lagi pergi tukar baju. Kali ni mama biarkan Haziq berlenggeng takut-takut muntah lagi. Tepat jangkaan mama. “Mama….Haziq muntah!!!.” Sofiyah menjerit. Sekali lagi mama kelam kabut sebab mama dekat dengan mesin basuh di dapur. Mujur ayah sempat angkat Haziq. Kali ni dek kerana isi perut dah kosong, Haziq muntahkan lendir sehingga lendir kekuningan. Ala-ala macam perempuan mengandung, boleh kan bayangkan kalau muntah sampai kekuningan, itulah muntah yang paling menyakitkan. Waktu tu dah hampir maghrib. Haziq pun nampak dah lembik. Perut haziq dah siap disapu minyak Yuyi, manalah tahu perutnya meragam. Nak cakap tak keluar butir, merengek sajalah dia. Kami pun buatlah andaian mungkin Haziq tak selesa perut. Lepas sapu minyak Yuyi, nampak macam reda sedikit…Batal agenda mama malam semalam dek kerana kondisi Haziq sebegitu. Risau juga kalau-kalau Haziq demam sebab dah agak lama juga Haziq tak demam. Malam tu mama dan ayah perlu bersiap siaga kalau-kalau Haziq demam sebab biasanya suhu Haziq boleh naik mendadak tiba-tiba.

“Iman…..Iman…..Iman Haziq……,” perlahan mama panggil Haziq dengan panggilan yang lebih selesa mama gunakan. Haziq tak menjawab, keletihan. Selalunya paling tidak dia akan menjawab ” err….err….,” itu dah cukup membahagiakan mama. Semalam bagi mama Haziq memang ‘flat’. Langsung tak menjawab. Lepas Isyak Haziq mama bawa masuk dalam bilik. Lepas mama bisikkan doa tidur di telinganya, terus haziq tidur tanpa minum susu langsung. Kesian Haziq, tidur dalam kelaparan. Selalunya sebelum tidur Haziq akan minum susu dalam pukul 9, lepas tu tengah malam bangun lagi untuk minum, macam baby….tapi malam semalam Haziq tak berkutik langsung….tidurnya mendepang tangan, tu tandanya memang nyenyak tambah penat muntahlah tu. Alhamdulillah, jam 5 pagi Haziq tersedar dan mula merengek. Mama rasa kepalanya, alhamdulillah tak demam. Dapat sebotol susu, terus lena sehingga dikejut untuk dihantar ke rumah pengasuh. Lega mama dik…..

Advertisements

2 thoughts on “Haziq muntah-muntah

  1. Salam, saya nak berkonsi pengalaman tentang anak2 kecil yang kerap muntah. Kalau boleh selepas anaknya muntah jangan diberi apa2 makanan atau minuman yang ada kandungan dairy seperti susu (walaupun susu tepung biasa kerana kebanyakkan ada lactose), yogurt, butter, keju, aiskrim dan mayonnaise. Saya faham anak memang lapar sebab sudah terlalu banyak sangat dimuntahkan. Cuba beri sedikit sahaja air suam dulu tapi jangan banyak sangat sekadar untuk melegakan tekak yang pedih selepas muntah. Untuk melegakan kelaparan, saya cadangkan beri jus apple (blend sendiri) campur dengan air sedikit ATAU kiranya anak sudah lebih dari umur setahun, awak pergi pharmacy beli Pedialyte (pengeluar dari Abbott) dan perlu anak tunggu beberapa minit baru diberikan satu sudu kecil Pedialyte. Harap membantu

    • Salam. Terima kasih atas perkongsian Shakira. Anak saya ni jenis kurang a.k.a liat sikit nak minum air suam. Yelah, nila dah banyak keluar, air pun kurang dalam badan. Biasanya apa yang saya bagi ialah air garam..alah apa namanya lupa pulak. Biasa beli kat farmasi je, yang ada flavour. Kalau rasa plain je, asyik ditolaknya puting botol. Sudahnya bagilah air yang ada rasa, ada kandungan garam yang boleh support kekurangan cecair dalam badan. Alhamdulillah sekarang dah kurang muntahnya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s