Haziq ke pantai……

Pagi tadi seperti dijanjikan dengan anak-anak, mama dan ayah bawalah semua anak-anak termasuk Haziq ke pantai Tanjung Balau. Sementara tol masih percuma lagi kan….Lagipun, anak-anak memang tak pernah dibawa ke pantai. Rahimi dah 7 tahun baru nak merasa ke pantai. Bukan apa, kalau bawak masa kecik-kecik, susah pulak nak jaga. Ni dah besar sikit, dah boleh simpan memori, dah tahu bahaya, dah boleh dengar kata…senang sikit nak menjaga. Nampaknya, Haziqlah yang paling beruntung sebab belum genap 3 tahun dah merasa cecah kaki ke air masin. Menumpang tuah abang dan kakak..hehehe….

Seawal 4 pagi mama dah bangun, bukan apa sebab malam sebelumnya tak siapkan apa-apa pun. Jadi kenalah bangun awal nak kemas apa yang patut. Masak bubur Haziq, kemas-kemas baju. Usai solat subuh, 6.57 pagi keluar dari rumah. Sejak laluan highway E22 ke Desaru dibuka, baru inilah mama nak lalu. Ayah dah merasa lalu hari pertama dibuka lagi.Konon-konon sarapan di Bandar Penawar….maklumlah, kalau dulu perjalanan hampir 2 jam, sekarang…setengah jam sahaja!!! Siapa yang memang kaki pecut, rasanya 15 minit dah boleh sampai.

Haziq pulak asyik senyum aje, tahu nak dibawa berjalan. Dalam perjalanan ayah suruh mama standby ambil gambar jambatan, cantik katanya.

memang cantik…

Sampai-sampai saja di sana, anak-anak terus main ke pantai dengan ayah. Tinggallah mama dan Haziq atas hamparan yang dibentang.

Muka baru sampai..

Tak lama lepas tu, Haziq dah merengek-rengek. Laparlah tu, dapat sepinggan bubur, senyap……..Dah puas abang dan kakaknya mandi, tibalah giliran mama dan Haziq jugak. Mana boleh tahan, nak jugak mama bawa Haziq merasa halus kasarnya pasir pantai, nak juga mama bawa Haziq merasa deburan ombak Tanjung Balau. Ayah agak risau juga sebab di celah-celah jari kaki Haziq ada luka, macam kena kutu air sebab asyik pakai stokin dan splint. Mama pun sebenarnya baru perasan sebab jari jemari Haziq agak rapat, jadi tak perasan. Mama memang selamba, nak jugak bawak Haziq. Mama kata, insyaAllah tak apa-apa. Ayah takut Haziq menjerit sebab pedih. Apa yang terjadi? Haziq boleh tergelak-gelak lagi…suka agaknya bila tubuhnya dilanggar ombak….

Lepas mandi, mama terus ke tandas bersihkan Haziq, yelah air masin mesti melekit. Mama masuk bilik air OKU, dapatlah separuh harga bayarannya. Mama perasan bila mama gendong Haziq, banyak mata yang memandang. Mungkin sebab tengok tangan dan kaki Haziq mengeras. Sebenarnya tangan dan kaki Haziq taklah keras mana tapi mungkin sebab sejuk, Haziq suka mengeraskan kaki dan tangannya. Mungkin ramai yang perasan kelainan yang ada pada Haziq tapi mama tak kisah pun…mama dah siapkan mental mama untuk hadapi semua kemungkinan. Lepas mandi, agaknya dah selesa…….terus tertidur….

Punyalah lena…..

Kononnya nak ambil gambar Haziq main pantai tapi sekeping pun tak ada sebab ayah tak larat nak ke pantai sebab sakit lutut gara-gara main badminton beberapa malam lepas. Ala….melepas nak tengok wajah ceria Haziq yang kemerah-merahan. Maklumlah tak biasa berpanas…hari ni mama sengaja biarkan Haziq dimamah mentari sementara mama tetap maintain pakai topi ke pantai..hehehe. Mujurlah Haziq tak meragam…seronok bila melihat Haziq ketawa…..

Jam 11.30 lebih kurang kami bertolak balik ke Pasir Gudang bila anak-anak dah puas main pantai. Mama mandikan Haziq sekali lagi supaya badannya rasa lebih segar. Sebelah petang lepas mandikan Haziq..mama periksa celah-celah kaki Haziq.Hmmm sesuatu yang menarik mama lihat. Kutu air di celah kaki Haziq semakin kering!!!  Adakah kerana air laut? Wallahuaklam……lepas ni mama dan ayah rancang untuk bawa lagi anak-anak dan Haziq ke pantai. Nak beri Haziq rasa apa yang orang lain juga rasa. Jangan kerana Haziq istimewa, mama nak sorok Haziq di rumah. Tidak….Haziq berhak menikmati apa yang dirasai oleh abang dan kakaknya…..lain kali kita pergi pantai lain pula ye sayang…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s