Episod demam lagi….

Petang semalam entah kenapa mama terdetik nak ambil Haziq awal sedikit pulang daripada rumah ibu. !0 minit melewati waktu kerja, mama berkemas-kemas untuk ambil anak-anak. Masih risau dengan keadaan Sofiyah yang entah masih demam atau tidak. Dah 4 hari demam, sekejap kebah, lepas tu demam semula. Sampai saja di rumah ibu, ibu beritahu Haziq demam. Kebetulan stok ubat demam tak ada di rumah ibu. Mama terdiam seketika. Ini dah kali keberapa Haziq demam tapi mama tak dimaklumkan. Bukanlah bengang tapi sedikit kecewa kerana kalau mama diberitahu lebih awal, pasti mama dah carikan ubat demam atau balik ke rumah sekejap ambil ubat. Hmmmmmm…..Mujurlah Sofiyah dah kebah, tapi berjangkit pula pada Haziq nampaknya, bersambung-sambung….

Mama bawa Haziq balik dan terus berikan ubat. Biasalah, payah juga nak berikan Haziq ‘jus oren’, menjerit  jugalah…Sebelah malam ayah bawa pula Rahimi bermain badminton. Tinggallah mama bertiga di rumah. Sofiyah dah lama tidur. Tiba-tiba suhu badan Haziq mendadak naik..kelam kabutlah mama. Mama tuamkan, berikan ubat sekali lagi dan terus jaram perut dan kepalanya.Dapatlah Haziq melelapkan mata. Dalam pukul 3 pagi, mama terdengar Haziq merengek. Mula-mula tu dengar macam dalam mimpi sebab mamai….lama-lama perasan itu adalah suara Haziq. Mama bawa Haziq masuk ke bilik. Mama buka lampu, baru nampak Haziq dah mula kebiruan, agaknya sebab terlampau panas. Mulutnya juga dah mengetap-ngetap seperti kesejukan. Mama genggam tangan Haziq yang digenggam kuat, Sejuk. Mama buka jari jemarinya, biru! Mama kejutkan ayah dan akhirnya kami masukkan ubat melalui dubur walaupun bacaan suhu hanya 37.5′ ketika itu. Kasihan melihat Haziq dah menggigil-gigil. Setelah beberapa ketika barulah nampak keadaannya agak stabil dan dapat tidur dengan nyenyak…

Itu pun selepas habis lencun kepalanya mama basahkan dengan air dan perutnya dituam dengan kain. Mudah-mudahan demam Haziq terus kebah….Haziq anak yang kuat kan…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s