Dah masuk enam hari Haziq demam…..

Sejak mama balik dari Mersing minggu lepas, mama dan Haziq terus diserang demam berganti-ganti dengan Sofiyah. Sofiyah demam empat hari, mama dan Haziq hingga ke hari ini masih belum sembuh sepenuhnya. Hari ini dah enam hari Haziq demam. Mama pula masih lagi demam, selsema dan hari ini dapat rasa macam nak kena serangan asthma pula. Mujur ubat asthma mama masih ada, telan sebiji petang tadi sebab takut-takut susah nak bernafas malam ni. Haziq pula nampaknya dah kebah sedikit. Semalam dah bawa ke klinik, dah dapat agak doktor akan beri antibiotik sebab dah lama demam. Rasanya dah hampir setahun Haziq amalkan makanan tambahan Transfer Factor. Memang jarang sangat demam cuma bila demam, beginilah dia…lama sikit baru nak kebah. Rasanya dalam 10 bulan ni, baru 2-3 kali Haziq demam yang lama. Tapi apa yang mama perasan, demamnya tak macam dulu. Kalau dulu, kejap-kejap sawan tapi kali ini berbeza. Walaupun demam, Haziq masih boleh makan, minum susu, buang kahak dan tak terlampau lembik. Masih lagi boleh tersenyum. Alhamdulillah…..

Hari ni mujur mama teringat nak ambil stok TF Haziq daripada Kak Lin setelah mama terlupa semalam. Seperti biasa, stok dua botol sebab masih ada baki di rumah ibu. Mama beli juga makanan tambahan untuk Sofiyah dan Rahimi. Walaupun mama perlu menyediakan hampir RM600 sebulan untuk kos makanan tambahan dan kos perubatan anak-anak mama, mama puas hati sebab mama cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak kesayangan mama. Mama yakin ayah juga begitu. Memang banyak benda yang perlu dikorbankan tapi mama tak kisah pun..Yang penting Haziq sihat, ada perkembangan positif  dan terus sihat…………………..mudah-mudahan malam ini demam Haziq terus kebah. Mama ingat esok dan lusa mama nak ambil cuti tapi kasihan pula pada kawan-kawan yang mungkin memerlukan bantuan mama dalam waktu-waktu begini. Mama ambil keputusan untuk cuti pada Jumaat untuk memberi rehat pada tubuh sendiri. Bila jumpa kawan-kawan, rasa sakit tu hilang sedikit tapi kena sedar dirilah juga yang diri tu tak sihat kan…..kena bagi juga masa bertenang untuk diri sendiri dan sembuh daripada kesakitan yang melanda….Semoga Haziq sihat dan mama juga bertambah sihat, aminnnn….

2 thoughts on “Dah masuk enam hari Haziq demam…..

  1. asalamualaikum. hai mama. i baru terjumpa blog ni and read all your entries. menitik laju air mata ni n i dpt merasa isi hati u coz i pon alami situasi yg same to my 1st daughter. sejak dr lahir until now. skrg dh 7bln.i pula baru je 1thn berkahwin, mmg berat rsnye dugaan ini.tp tdk seberat yg ditanggung u. i amat simpati, insyaalah i akan sentiasa mendoakan kesihatan haziq. kite same2 usaha,ikhtiar ape yg boleh utk kebaikan haziq. be strong ya!

    • waalaikumsalam. Terima kasih sudi singgah blog Haziq ye. Boleh panggil syura ye? Terima kasih atas doa yang diberi. Kita adalah insan-insan pilihan yang diberi peluang untuk menerima anugerah ini. Harap Syura juga jangan cepat mengalah dengan ujian Allah. InsyaAllah, selagi ada hayat, semangat ini masih kuat untuk melalui segala yang telah dirancang olehNya. pasti ada hikmah yang tersembunyi…..

Leave a comment