Haziq sakit matalah pulak…..

Tiga hari lepas, mama perasan mata Haziq yang sebelah kiri tampak merah. Hmmm…sahlah Haziq ni nak kena sakit mata. Rasanya dah lama Haziq tak kena sakit mata. Biasanya kalau cuaca panas sangat barulah nampak ada banyaklah jugak tahi mata yang bertandang. Mama dah risau kalau-kalau memang betul Haziq kena sakit mata. Bukan apa, kesian kalau tengok dia bangun pagi, payah benar nak bukak mata dek kerana dah penuh dengan tahi mata yang dah mengeras. Nak lembutkannya, kenalah pulak mama basahkan tisu dan lapkan perlahan-lahan. Kalau diam tak apalah jugak, ni bab meraung memang serah aje pada dia…….

Rupanya telahan mama memang betul. Sah Haziq kena sakit mata. Aduh….ubat sakit mata pun entah ke mana mama letakkan. Al-maklumlah, dah lama tak pakai, memang entah ke mana-manalah lokasinya jawabnya. Nampak gaya seperti biasa, ayah kenalah menguak pintu Medilink untuk dapatkan ubat mata. Malas pula rasanya nak ke klinik sebab nampak masih awal lagi. Seperti disarankan, ubat mata kena bagi sehari, 3 kali. Pagi, tengah hari dan malam. Mujurlah si Haziq tu rasanya ubat tu sejuk agaknya, taklah dia meragam. Syukur……Baru aje baik demam, dah kena pulak sakit mata. Mama pun baru je nak rasa sihat, dah rasa tak sihat semula. Cobaan!!!!!…..Mama pun baru je meredakan tekanan dengan berurut. Tukang urut tu kata urat-urat mama ni dah bengkak-bengkak, mujur mama datang berurut awal. Kalau tidak, rasanya mungkin ada bahagian badan mama yang menghadapi masalah. Dah lega sikit dah badan mama ni, tinggal nak take care Haziq jelah ni.

Alhamdulillah, setelah dua hari, mata Haziq makin menampakkan perubahan yang positif. Dah kurang dah ‘item’ hijau likat yang mengganggu matanya.Dah dekat-dekat sangat nak menginjak umur 3 tahun ni, macam-macam pula dia. Orang kata nak cerdik…..mudah-mudahan…Tak sangka, diam tak diam anak mama ni dah besar dah…dah nak masuk 3 tahun dalam empat hari sahaja lagi. 23 Julai ini, genaplah anak kesayangan mama, Aiman Haziq akan menjejak usia 3 tahun. Semoga Haziq terus sihat….semoga dipanjangkan usia, semoga membesar dengan baik walaupun tidak seperti kanak-kanak yang sempurna lainnya, Haziq tetap anak yang paling mama sayang sebab Haziq adalah anugerah yang tidak ternilai…………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s