Selamat Jalan En Dan……..

Pagi semalam mama bawa Haziq ke HSI, macam biasalah untuk sesi terapi cara kerja (OT). Paginya Haziq nampak ok je, taklah pulak badannya panad, dedar pun tidak sedangkan petang semalam dah mula naik demam.Mama dah bagi PCM petang sebelumnya, hingga ke pagi tak naik suhunya, alhamdulillah. Sampai je di OT, mama perasan Haziq baik je..diam aje. Tergerak pulak mama nak rasa semula badan Haziq, alamak!!!!!!! dah rasa dedarlah….tadi elok jerr…Kebetulanlah pulak salah seorang terapist tu perasan, dia pun mendekati Haziq dan genggam tangan Haziq.

“Eh, panas ni, kalau dedar pun biasanya kita tak akan buat terapi sebab nanti otot budak sakit,” jelasnya. Alamak….baru je sampai dah tak boleh buat. Tak lama lepas tu ayah sampai lepas parking kereta. Mama cerita pada ayah apa yang berlaku sambil-sambil tu bersembanglah dengan terapist tadi. Terkeluarlah cerita yang kami biasanya ada sesi dengan En Hasmuridan a.k.a En Dan….”Ha..lepas ni dah tak jumpalah dengan Dan sebab Dan dapat pindah ke Sabah,” katanya lagi. “Wah, jauhnya mengikut isterilah ye,”. Begitulah gayanya…

Ingatkan En Dan dah terus pergi, rupanya masih ada lagi. Kebetulan En Dan lalu dan menyapa Haziq. Seorang teman mama yang ada anak macam Haziq pun buat sesi dengan En Dan dan dia bercerita yang dia kenal mama dan Haziq. “Bang, tak dapatlah buat sesi hari ni..alahai kesian dia demam,” mesra je En Dan melayan Haziq. Seronok sepanjang membawa Haziq menjalani sesi dengan En Dan, lembut, sopan dan mesra orangnya. Harap-harap penggantinya juga begitu. Bukan untuk mama dan ayah, tapi untuk anak mama ni. Ingatkan nak tukar splint Haziq tapi stok pulak tak ada. Jadinya datang jalan-jalan buat temujanji baru sahajalah…..Haziq pun saja je nak jumpa En Dan agaknya, lepas balik tu, elok je suhu, takyah bagi ubat demam pun. Balik tengahari, tidur bergolek dengan mama..petang makan macam biasa hinggalah ke pagi ni. Cerdik sungguh anak mama nie….

En.Dan bakal ke Sabah bulan depan, tinggal dua minggu je lagi. Mama doakan En Dan betah di tempat baru dan dapat memberikan khidmat terbaik seperti ketika di HSI. Selamat Jalan En Dan..ada rezeki kita jumpa di Kota Kinabalu ye bah!!! Maka, kami pun balik dengan penuh gayanya..Sambil-sambil lalu ke jalan keluar, mama selalu perasan orang memerhatikan Haziq. Ada tu sampai paling dua, tiga kali nak tengok. Biasalah tu kan, kita pun sama, kalau tengok budak pelik sikit mesti nak tengok jugak kan..kan..alah sama jerr…hehehe..mama kenalah biasakan diri. Walaupun dah biasa sebenarnya tapi nak ketawa pun ada. Kenapa??? sebab yelah, dulu mama pun suka tengok budak-budak yang pelik contohnya sakit, bukan sebab nak ketawakan mereka, tapi simpati. Pandangan simpati. Dan tiba suatu ketika dan detik, mama sendiri yang menerima pandangan sebegitu. Subhanallah!!!!…Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. Mama tak terasa hati pun dengan pandangan orang pada Haziq……

Apa-apapun..selamat jalan En Dan…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s