Episod demam lagi…..

Pagi tadi ayah dah rasa keberatan nak bawa Haziq ke Tesco sebab sejak semalam Haziq demam. Bulan ni sahaja rasanya dah kali ketiga Haziq demam. Mama je ‘confident’ nak jugak bawak Haziq sama. Konon nak bagi Haziq tengok dunia luar jugak. Kesian asyik duduk rumah aje. Tak macam di rumah ibu, paling tidak ibu akan bawa Haziq ke luar rumah, tengok anak-anak jiran main-main depan rumah. Kalau di rumah sendiri? Memang duduk dalam rumah sajalah jawabnya. Tu yang mama pun bawalah Haziq bersama kakak dan abangnya ke Tesco.

Tiba di Tesco, nampaknya panas badan Haziq macam biasa tapi tak sampai setengah jam, HAziq dah mula merengek. Alamak, pegang dahi dah rasa panas. Kebetulan Haziq haus. Mama pun cari tempat duduk yang disediakan dalam Tesco dan suakan Haziq susu. Ada sorang pakcik sebelah meja tadi asyik pandang Haziq. Nak tegur takut agaknya sebab mama pun tak pandang pakcik tu. Bila mama angkat muka dan senyum padanya yang sedang memangku anaknya yang lena diulit mimpi, barulah pakcik tu berani membuka mulut.

“Kenapa, mata dia rabun ke?, tanya pakcik tersebut. “Ya, rabun…jawab mama ringkas. “Dah berapa tahun umurnya?” , tanyanya lagi. “Tiga tahun,” mama menjawab sambil tersenyum. Pakcik itu seakan terkejut tetapi akhirnya hanya menganggukkan kepala. “Tak boleh jalan ke?, tanyanya lagi. “Hmm..matanya rabun, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap…,” mama memberikan penjelasan. “Alahai kesiannya….”. Mama hanya tersenyum sambil meneruskan suaan susu kepada Haziq yang dalam gendongan. Bagi mama, soalan-soalan tersebut adalah soalan-soalan biasa yang bakal mama terima. Jawab ajelah……

Lepas sendawa, Haziq macam biasalah, kalau sendawa tak puas, kejap-kejap aje mengeraskan badan. Lepas tu berkumandanglah irama jeritan dengan pitchingnya yang tinggi. Segan juga sebenarnya tapi nak buat macam manakan, dah memang itulah fitrah Haziq. Mujur ayah pun dah selesai melayan kerenah Sofiyah dan Rahimi, mama dah ‘tak cara’ dengan diorang sebab fokus hanya pada Haziq. Hari ni tak adanyalah mama nak masak makan tengahari. Mama tunjuk je kat Tesco tu, nasi ayam dua, nasi ayam penyet dua, bawak balik, makan di rumah dengan minuman istimewa cendol Mat Zain di tepi Jalan Masai tu ha…….Sedap….esok dah tak merasa nak makan macam ni sebab dah mula berpuasa….

Lepas balik, mama pun bagilah ‘jus oren’ untuk Haziq. Macam biasa, menjeritlah dia dapat ubat demam. Mama dan Haziq lepas tu sama-sama tertidur. Haziq tertidur sebab demam, mama pulak sebab kekenyangan, sebiji macam ular sawa, lepas makan terus tersandar….hmmm..mama…mama…Tiba-tiba dalam pukul empat lebih, Haziq menjerit lagi. Pertamanya sebab suhu terlampau tinggi, Tangannya dah sejuk, kaki pun sama. Tak ada cara lain, mama pun terpaksa bagi ubat sumbat. Nak bawa ke klinik, memang dah sah-sah ubat yang sama akan kami dapat. Justeru, mama dengan ayah dan siap-siapkan ubat yang berkenaan dengan Haziq sebagai persediaan dalam peti ais. Cuma kali ini ubat sumbatnya kehabisan, kenalah pakai yang 250mg, bahagi 2.

Lepas kena ubat sumbat, dapat sebotol susu, mama tuamkan kepala dan bahagian perut, nampaknya tangan dan kaki dah mula panas macam biasa, tak sejuk macam tadi. Risaunya kalau sampai menggigil-gigil, kesian pada Haziq sebab panas sangat. Nampak macam dah reda sikit tapi biasalah, budak-budak kalau demam, memang tak nak ditinggalkan, kalau nak tinggal pun, kena beritahu nak ke mana, nak buat apa, barulah senyap sikit. Walaupun Haziq tak boleh bercakap, mama sangat yakin Haziq mendengar dan boleh faham apa yang mama dan ayah cakapkan. Mama sentiasa mengingatkan diri bahawa mama kini diberi keistimewaan  untuk menjaga dan membelai seorang ahli syurga yang dititipkan Allah kepada mama dan ayah. Makanya, mama redha dan sentiasa berlapang dada dengan apa sahaja situasi yang melanda Haziq. Cepat sihat ye sayang…esok dah nak puasa ni…..

 

 

2 thoughts on “Episod demam lagi…..

  1. ermmm..apa nak kata..kalau anak2 demam memang merisaukan…
    cuba amalkan bagi haziq minum madu, sesudu kecil, buat amalan…
    manalah tau….antibodi haziq akan lebih baik…

  2. terima kasih che kiyah…alhamdulillah, Haziq dah sembuh, dah boleh ketawa, dah boleh menjerit bila tak sabar lambat bagi susu , dah boleh tendang-tendang mama dia..adui…hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s