Tolak badan

Petang semalam sewaktu Haziq sampai di rumah, mama tengah sibuk  di dapur menyiapkan juadah untuk berbuka. Sambil-sambil berjalan ulang alik dari dapur ke ruang tamu, sesekali mata mama menjeling juga ke arah Haziq yang sering membalikkan badan di depan  tv. Sedang elok mama lalu, mama ternampak Haziq cuba menolak badan untuk telentang daripada posisi 3/4 meniarap. Kalau setakat mengiring, rasanya alhamdulillah, haziq dah boleh telentang sendiri. Kalau meniarap, setakat ni Haziq memang belum berjaya membalikkan badan. Mama tengok kakinya menendang-nendang, menolak-nolak badan untuk cuba telentang semula. BERJAYA!!!!!!!! Teruja mama melihatnya!!

Seronok sangat sebab dapat lihat perkembangan terbaru Haziq tu biarpun baru sekali saja Haziq berjaya melakukannya. Mama percaya Haziq masih dalam proses untuk melalui perkembangan-perkembangan seperti kanak-kanak lain walaupun telah tertinggal jauh. Kakinya juga pun dah agak kuat, dah tak marah bila cuba didirikan dengan lututnya cuba ditegakkan. Malah kalau didudukkan di hadapan badan, Haziq dah mula menginjak-injak badan seperti hendak berdiri. Kadang-kadang sampai sakit tangan mama dibuatnya nak menampung berat badan Haziq. Sakit pun sakitlah, asalkan Haziq ada perubahan….

Mama pun masih dalam proses nak menyiapkan ‘strapper’ Haziq yang masih belum siap lagi. Kalau yang satu tu dah siap, ayah dah lekatkan pada standing frame Haziq nanti, bolehlah Haziq belajar berdiri. Pagi tadi pun alhamdulillah, doktor rehab beritahu muscle Haziq pun dah semakin lembut(kaki), dah boleh ditegakkan dan ada peluang untuk tidak bengkok kalau mama rajin usahakan untuk buat latihan pada kaki Haziq. Tiga bulan lagi akan datang temujanji susulan, nak tengok selama mana kesan botox yang disuntik pada kaki Haziq. Kalau boleh ….mama harap sangat Haziq boleh berjalan satu masa nanti….tak perlulah nak pakai kerusi roda…..mudah-mudahan Haziq sihat dan terus menunjukkan perkembangan yang positif ye sayang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s