Aiman Haziq dah besar….

Umur Aiman Haziq dah jejak 3 tahun bulan lepas. Kalau tengok muka, sekali pandang macam dah matang, dua kali pandang masih macam pandang baby 6-7 bulan. Kalau cium pulak, rasanya masih macam mencium bayi je rasanya. Cium rasa tak puas, asyik nak cium berkali-kali. Stail Haziq pulak, kalau kena ‘uli’ dengan ciuman mama, langsung dia tak kisah walaupun mama tenyeh-tenyeh muka dia melainkan kalau dia dah tak suka sangat, mulalah dia ‘menyanyi’…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cuba tengok wajah-wajah Haziq ni. kan nampak macam dah besar kan..kan…mujurlah baru baik demam, bolehlah dengar Hazqi mengelekek bila dibuai-buai. Ui…sekarang cukup suka kalau dibuai-buai..diayun-ayun..mengelekek ketawanya. Tapi bila letak je, mulalah dia mencemik, menangis…adoi…..boleh kurus lengan mama dik nun……hihihihi…Tambahan pulak bila badan Haziq dah mula berisi…maka memang terasalah lenguh tangan kalau membuai-buainya….latihan menguatkan otot katanya……

Paling best sekarang ni kalau tengok Haziq tidur. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kejap karang dah berpusing-pusing. Kalau tak sendal dengan bantal, pernah jugak kepalanya masuk bawah katil. Nak letak atas tilam? Oh tidak……sungguh berisiko dan membahayakan kesihatan. Memang mama pun tak berani nak letak Haziq atas tilam, biarlah tidur bergolek-golek dengan mama kat atas hamparan toto, lagi selamat rasanya. Itu belum lagi menerima sondolan si kakak yang suka sangat menyelit. Tidur atas tilam,sedar-sedar dah menyelit kat badan sampai sakit-sakit badan dibuatnya. Mujur lagilah si Haziq ni macam dah tau yang menyondol dan menyelit tu kakaknya, boleh pulak dia tak meragam. Haziq…Haziq……

Agaknya bila dah masuk umur 3 tahun ni, Haziq makin dah mula faham apa yang diperkatakan mama dan ayah. Tetap jugak Haziq kena marah kalau asyik menangis, lambat susu menjerit, memanglah mama marah. Tak ada beza dengan anak-anak yang lain. Sayang sayang jugak, marah tetap marah. Tapi taklah sampai kena rotan. Kalau kena sepuk tu ada jugak. Hehehe….Mama tak mahu Haziq terlampau diistimewakan hanya kerana Haziq insan istimewa. Mama nak Haziq melalui hidup sama macam orang lain. Haziq kena belajar untuk memahami biarpun perlahan, biarpun sangat lambat sebab mama yakin Haziq memang berupaya untuk faham….Biar semakin usia Haziq meningkat, ada perkembangan Haziq yang positif akan terus dapat dilihat. Itu yang mama dan ayah mahukan.So, tak ada maknanya nak manja-manja sangatlah yek….

Lepas ni mama nak paksa Haziq belajar berdiri pulak. Nak bagi lutut Haziq makin kuat tapi kena tunggulah standing frame tu siap seratus peratus. Body dah siap, cuma strapper masih dalam proses. Mama taknak Haziq asyik terbaring aje. Mama nak Haziq bangkit, Haziq bangun dan Haziq berdiri sebelum berusaha untuk menapak. Kepala yang tak kuat pun akan dipaksakan menjadi semakin kuat….sebab selepas ni mama akan bahagikan hidup mama untuk dua tujuan yang sangat penting dalam hidup mama. Pertama, mengejar cita-cita mama dan kedua…fokus juga untuk perkembangan Haziq. Semoga semua urusan mama dipermudahkanNya. Amin….

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s