Kena cari pengasuh baru…

Hmmm..semalam mama tersentak bila dapat tahu ibu tak boleh jaga Haziq…rupa-rupanya ayah dah perasan 2-3 hari ni ibu memang ada perubahan, macam nak cakap sesuatu tapi agaknya tersekat di kerongkong. Petang semalam terurailah semuanya, itupun butir-butir hajat keluar dari mulut abah, bukan dari mulut ibu secara langsung. Ibu pun tak sampai hati agaknya nak beritahu mama dan ayah. Barulah tengahari semalam mama mengukir senyum bila dapat tahu permohonan mama untuk menyambung pengajian mendapat respon positif dari UTM, alhamdulillah, dah lega dan kuranglah sedikit tekanan yang mama alami. Mana tidaknya, ramai kawan-kawan dah nak mendaftar minggu depan sedang mama masih tak dapat tempat. Bila dapat tahu yang mama hanya perlu menunggu surat tawaran, mama dah rasa sangat bersyukur…tup-tup….petang semalam kegembiraan itu diragut dengan berita yang menambah kerut di dahi mama, menambah sakit di kepala yang memang dah sakit 2-3 hari ni. Aduhai…nak buat macam mana ni…….

“Macam mana ni , Haziq dah tak boleh ibu nak jaga sebab ibu kena pergi klinik..” kata abah berkias. Mula-mula mama pun tak faham. Mama ingatkan ibu sakit..rupa-rupanya, ibu dan abah dapat rezeki, bakal dapat anak!!! Sedar tak sedar rupanya dah hampir 4 bulan katanya ibu mengandung. Kenapalah mama tak perasan apa-apa perubahan pada ibu?? Nampak sihat aje ibu. Agaknya ada sekali tu ibu diserang darah tinggi yang agak tinggi, itu agaknya petanda yang ibu berisi. Alhamdulillah, mama pun tumpang gembira tapi tetap juga kena bersedia untuk cari pengganti ibu yang boleh nak menjaga Haziq. Ibu takut dengan tekanan darah ibu yang tak menentu. Kalaulah ibu kena pergi klinik tiap-tiap hari untuk periksa tekanan darah, siapa nak jaga Haziq? Kalau yang besar tu dah pandai bawa diri tak apalah…mama pun fikir jugak kekangan ibu…..Terdiam sejenak mama dan ayah dibuatnya. Jammed……..

Mama dan ayah pening dibuatnya. Ibu bagi masa hingga bulan 10 sebab takut  masa tu kandungan ibu dah makin besar, ibu dah makin tak larat. Maid???? Ibu cadang ambik maid saja tapi mama dan ayah kena buat banyak pertimbangan. Kalau nak ambil maid, banyak belanja yang nak kena keluarkan. Secara jujur, mama dan ayah bukannya punya simpanan berpuluh ribu. Sejak ada Haziq, banyak simpanan perlu diperuntukkan untuk rawatan Haziq. Selagi mampu bertahan, mama dan ayah akan bertahan. Berfikir dan terus berfikir untuk mencari siapakah yang dapat merungkai kekusutan yang melanda mama dan ayah saat ini. Semalam mama baru je menjenguk blog miera301.blogspot.com, mama tengok dan baca segala dugaan dan rintangan yang mereka lalui. Mama sedar dugaan mama ni taklah sehebat mana. Namun begitu, ianya tetap satu cabaran yang perlukan penyelesaian lebih-lebih lagi masa yang ada tinggal sebulan lebih aje. Masa tu mama pulak bakal sibuk dengan pengajian yang baru saja nak bermula. Kusutlah jugak dibuatnya tapi ayah kata…rileks…bertenang…….mujur ada ayah yang  jadi penenang hati mama…eh terbalik dah ni, patutnya mama yang jadi penenang hati ayah kan….ha kusutlah ni………

Hari ni mama dan ayah sibuklah bertanya-tanya ke sana sini mana tau ada sesiapa yang boleh tolong jaga Haziq. Ayah siap tanya berapa harga mama sanggup bayar kalau ada orang nak jaga Haziq? Mama kata kalau 400 pun mama sanggup bayar asalkan ada orang jaga dan boleh jaga dengan baik. Bukan senang nak cari orang yang nak jaga budak OKU. Dengar OKU pun orang dah takut. Ibu pun ada bertanyakan jiran-jiran berdekatan rumah ibu tapi tak ada yang sanggup nak jaga, maklumlah budak OKU kan. Penjagaannya kena teliti. Mama ni bukanlah jenis berkira. Haziq pun sekarang dah makin senang nak jaga. Makan pun dah makan nasi lembik, campurkan dengan kurma dan kicap, berseleralah dia. Minum susu macam biasa, cuma kalau kena sawan jelah yang pengasuh kena tahu. Itupun bukannya selalu dah sekarang. Selain tu, cukup makan, Haziq takkan meragam. Mama pun faham kalau orang tak berani nak jaga anak OKU..tapi mama sangat bersyukur dapat ibu yang hebat, dapat jaga anak-anak mama dengan begitu cemerlang. Kadang-kadang mama pun rasa mama tak sehebat ibu….

Kawan ayah dapat call seorang makcik yang dengarnya macam boleh jaga Haziq pagi tadi. Alhamdulillah, nampak macam ada jalan keluar. Malam ni kalau jadi mama akan abwa Haziq ke rumah kakak Nora tu, merisik khabar kalau boleh jaga Haziq. Mudah-mudahan dipermudahkan. Doakan mama ye sayang..walaupun ibu tak jaga Haziq lagi, mama takkan pisahkan ibu dengan Haziq. Kita akan pergi lawat ibu bila baby baru dah keluar nanti…Haziq tetap boleh jumpa abang Saiful dan abang Shariff bila-bila masa…….apa-apa pun kita selesaikan dulu urusan malam ini ye sayang mama….

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s