Haziq bakal dapat ‘ibu’ baru…..

Hmm…baru malam ni mama berkesempatan bercerita mengenai perkembangan cerita Haziq. Sebelum ni mama memang dah pening dengan masalah yang mengusutkan sekejap ruang kepala mama ni. Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNya. Diberikan jalan buat mama dan ayah untuk mencari jalan penyelesaian. Kebetulan sangat, pagi Jumaat lepas ayah dok bersembang dengan teman sepejabatnya berkenaan masalah yang dihadapi. Maka, terkeluarlah cerita mengenai seorang pengasuh yang memang sedang nak cari budak untuk dijaga kerana mempunyai sedikit masalah teknikal dengan anak jagaan beliau ketika ini. Mama dan ayah anggap ini rezeki Haziq. Kami memang mencari pengasuh, dan pengasuh tu pula memang sedang mencari anak untuk diasuh dan kami bertemu di tengah-tengah pencarian tersebut. Mulanya mama pun agak takut-takut, yelah takut dikatakan perampas pengasuh pulak tapi mama lega bila dapat tahu bahawa pengasuh tu sendiri yang memang dah tak mahu menjaga anak-anak yang di bawah jagaannya sekarang.

Malam itu mama dan ayah terus berjumpa pengasuh di rumahnya. Pertama kali jumpa mama dah rasa serasi. Rupa-rupanya pengasuh yang dipanggil Ibu Nora itu menjaga seorang anak kurang upaya juga. Jadi, mama taklah risau sangat sebab beliau dah ada pengalaman menjaga anak OKU selama setahun lebih. Mama bawa Haziq supaya beliau dapat lihat sendiri bagaimana keadaan Haziq. Mama ceritakan semua berkenaan Haziq dengan harapan beliau bersetuju untuk menjaga Haziq. Soal bayaran…mahal sikit pun tak apalah sebab bukan senang nak cari orang yang boleh mengasuh seorang anak OKU. Paling best, sampai saja di rumahnya, beliau ada seorang anak perempuan, umurnya sebaya Haziq. Keletah..tup-tup terus panggil mama..mama…terasa macam ada anak kembar pulak. Mama boleh bergurau dengan ayah, lepas ni bolehlah anggap anak, tumpang kasih anak orang…macam ada dua pasang anaklah nampaknya….Nak ada anak lagi selepas ni….hmmmmm………akan dipertimbangkan..hehehehe

Ibu Nora bersetuju nak jaga Haziq dan katanya kalau boleh nak jaga lama. Alhamdulillah!!! memang kalau boleh mama nak biarlah orang yang jaga Haziq ni boleh jaga Haziq lama seperti ibu. Kesian pulak kalau lepas ni nak pulang pada ibu. Ibu pastinya dah sibuk dengan penjagaan bayi baru jadi mama fikir tak apalah, harap-harap pengasuh baru ni boleh jaga Haziq. Mama dah ceritakan macam mana cara makan, minum, mengamuknya Haziq, mandinya, beraknya dan macam-macam lagilah. Cuma apa yang mama harapkan, ibu baru Haziq tak akan segan-segan dengan mama dan ayah dan call aje kami kalau ada keadaan-keadaan yang tak mampu ditangani sebab kami lebih memahami Haziq. Mama tengok pun ibu baru Haziq ni sayang budak-budak. Legalah hati mama dan ayah…..

Mama dan ayah pulang dengan senyum di bibir. Minggu depan mama dah boleh fokus dengan urusan mama pula. InsyaAllah, lepas raya Ibu Nora terus nak jaga Haziq. Mama dan ayah tak ada masalah. Dekat papan putih di dapur pun mama dah siapkan list barangan yang perlu disediakan dan dibawa ke rumah Ibu Nora lepas raya nanti, takut terlupa. Kalau boleh mama taknaklah sampai menyusahkan Ibu Nora tentang penjagaan Haziq. Semua barang mama dah standbykan untuk ditinggalkan saja di rumah Ibu Nora. Senang nanti..tak perlulah asyik nak ambil, hantar, ambil, hantar tiap-tiap hari. Kerana itu juga, mama sempat belikan besen mandi Haziq yang baru, saiz besar. Mana tahu kalau-kalau diperlukan nanti. Di rumah biasanya Haziq guna besen sedang aje untuk mandi. Kali ni besen baru dah digunapakai. Mula-mula tu susah jugak Haziq nak sesuaikan diri, asyik keraskan badan aje. Dua hari cuti, pagi petang mama paksa mandi guna besen baru, alhamdulillah dah bolehlah rendam-rendam, mandi lama-lama. Akhirnya dah boleh tersengih-sengih Haziq dalam besen mandinya.

Sesekali mama toleh ke belakang dan melihat Haziq yang lena tidur dengan kedua tangannya mendepang menandakan betul-betul nyenyak, terasa seakan nak mengalir air mata kesyukuran mama. Bagi mama, setiap kali mama pandang Haziq, mama sentiasa ingatkan diri bahawa mama diamanahkan untuk menjaga seoarang penghuni syurga, maka tanggungjawab mama dan ayah sangat besar kerana ianya amanah yang mungkin dapat membantu mama dan ayah suatu ketika nanti, mudah-mudahan….Gelak tawanya sekarang sangat menggembirakan hati mama. Semoga terus ada sinar untuk Haziq……..

Advertisements

2 thoughts on “Haziq bakal dapat ‘ibu’ baru…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s