Ke Jabatan Oftalmologi HKL

Isnin adalah travelling day bagi mama dan ayah sebab Selasa pagi temujanji Haziq di Jabatan Oftalmologi HKL. Kali ni mama dan ayah bawak sekali Amira Sofiyah dan Amirul Rahimi. Kira dipontengkan sekolahlah budak dua orang tu. Suka-suka hati je mama dan ayah ni kan..kan….Mama kalau boleh taknak bawak yang besar-besar ni sebab layan diorang ni lagi payah. ada je benda yang nak dibuatnya kan. Lagi pula kalau pergi check mata, paling cepat pun pukul 1.00 petang baru selesai semuanya walapun temujanji pukul 8.00 pagi.

Pukul 8.20 pagi mama dan ayah dah terpacak depan kaunter Oftal. Tunggu giliran ambil nombor je pun makan masa setengah jam. Belum lagi masuk bilik 14 yang jauh di belakang tu ha.Mujurlah Haziq hari tu sungguh sopan dan menjadi anak yang soleh…diam aje….Masuk ke bilik 14, hampir dua jam baru semua urusan selesai. Mama dan ayah dah terlentok-lentok sebab mengantuk menunggu. Kali ini ramai sungguh pesakit yang mendapatkan rawatan. Apa yang mama perhatikan, ramai anak-anak sindrom down mendapatkan rawatan mata bersama-sama Haziq. Bukanlah taknak bawak Haziq check di JB saja tetapi memandangkan dari awal dah di HKL, mama sanggup turun naik demi Haziq. Lagi pula, di JB tak ada pakar mata kanak-kanak, kalau pakar mata umum tu ada. Jadi mama sanggup meletihkan badan semata-mata untuk dapatkan rawatan daripada pakar terbaik khusus untuk kanak-kanak.

Dalam pada menunggu, ada seorang budak perempuan dalam lingkungan umur Haziq dilihat cukup suka mendekati Haziq yang mula melayukan matanya untuk masuk ke alam mimpi. Kebetulan pula Sofiyah memang bawak satu teddy bearnya dan diletakkan di dalam stroller, bersebelahan Haziq. Budak tu asyiklah kerjanya ambil bear tersebut dan letakkan di atas muka Haziq. Nampaklah respon Haziq sikit bila dia mula menggerakkan tangan seolah nak tolak bear tersebut. Tak selesa agaknya. Ayah budak tu agak risau juga sebab anaknya asyik dok mengusik Haziq. Tapi mama biarkan saja, nak tengok ada tak tindak balas Haziq. Mungkin dia tak nampak tapi harap-harap dia boleh rasa sesuatu yang mengganggunya.

“Eh bagusnya anakanda ni, sopannya..ala baiknya budak ni,” puji salah seorang optometrist waktu memeriksa mata Haziq. Katanya Haziq memang dah ada respon yang baik terhadap cahaya, cuma mama dan ayah kena rangsang dengan lebih aktif, bawak Haziq keluar, dengarkan dengan bunyi-bunyian dan sesuatu yang berwarna-warni dan selalu berkomunikasi dengan Haziq. Power mata masih sama dan digalakkan teruskan pemakaian ‘mata keduanya’. .Merasalah Haziq ubat titis mata untuk besarkan retina, manalah tau ada masalah pada retina Haziq. Alhamdulillah, negatif.

Selesai urusan di bilik 14, mama menuju ke bilik 3. Menunggu lagi nama dipanggil untuk bertemu doktor/doktor pakar. Harap-harap kali ni berjalan lancar tapi diam tak diam, berejam jugalah menunggu. Bukan ke bilik 3, ke bilik 9 perginya. Masa menunggu di luar bilik, kebetulan mama berdiri bersebelahan sepasang ibu bapa dengan 3 anak. Mama perhatikan ketiga-tiga anaknya dan dapat cam bahawa mereka semua bermasalah. Justeru mama cepat sedar bahawa ujian yang mama terima bukanlah sebesar mana….Ada seorang pakcik pula membawa anak lelakinya mendapatkan rawatan di bilik yang sama tapi asyik membebel sahaja kerjanya akibat kelewatan prosedur mendapatkan temujanji. Agaknya baru pertama kali bawa anaknya untuk mendapatkan rawatan. Tak apalah, kalau dah selalu nanti biasalah tu. Kalau mama dan ayah, ini belum cukup lama lagi ni. Pernah sekali, temujanji pukul 8 pagi, urusan selesai pukul 4 petang. Mau tak pening? Kata orang..kalau kambing dah boleh tumbuh janggut menunggu. Kenalah belajar faham, pesakit datang dari seluruh negara untuk mencari yang terbaik. Rawatan minimum urusannya dua jam, seorang…kalau beratus orang?? Nabil kata…”lu pikirlah sendiri kan…”. Bila dalam keadaan begini, situasi macam inilah yang membantu kita untuk lebih kuat, berdikari dan sentiasa belajar bersabar.Dengan keadaan cuaca yang agak terik, penghawa dingin pun seolah-olah kurang fungsinya dan menambah parah hati yang berbuku…sabar…bulan puasa.

Tiba-tiba saja Haziq menjerit. Alamak…mama tengok jam, dah pukul 12!!! Haziq dah terlepas waktu makan pagi. Biasanya Haziq dah makan pagi pukul 10. Hari ni Haziq diam aje, tak bising, jadi mama anggap Haziq masih belum lapar . Tau sajalah Haziq, kalau lapar, haus dan kita lambat….dijeritnya sekuat hati sampai apa yang dia nak masuk dalam mulut, barulah dia akan senyap. Mujur sangat waktu tu Rahimi kebetulan masuk ke tempat mama menunggu. Mama suruh Rahimi ambilkan nasi Haziq dan mama suapkan ke mulutnya. Hmmmmm…barulah senyap.

“Aiman Haziq…”…..Alamak……nama dah panggillah!. “Dia tengah makanlah kak, tak apalah..bagilah sesiapa dulu,” mama terpaksa mengizinkan orang lain ‘potong line’. Nak buat macam mana, selagi Haziq tak kenyang…memang bising sajalah mulutnya nanti. Tak apalah menunggu sedikit masa lagi sementara Haziq makan dan sendawa betul-betul. Tak sendawa, perut kembung…lagi susah mama nanti. Kebetulan nama anak pakcik yang membebel tadi dipanggil. Pakcik tu siap pandang mama lagi. Mama hanya angguk tanda ‘tak apalah’…Orang yang lalu lalang pandang saja mama beri Haziq makan. Pelik agaknya, tengok budak taklah besar mana tapi diberi makan nasi lembik. Mama hanya biarkan persoalan-persoalan itu berlegar-legar di fikiran sesiapa sahaja yang memerhatikan mama dengan seribu pertanyaan, hahaha.

Lepas urusan rawatan anak pakcik tu selesai, mama kena menunggu lagi sebab doktor pakar kena ‘entertain’ seorang bayi pra matang yang dibawa dari Ipoh. Sungguh kecil bayi itu. Kalau mama rasanya masih takut-takut nak pegang walaupun usianya sudah 3 bulan. Sekali lagi mama biarkan urusan yang lebih penting mendahului urusan mama. Akhirnya……nama Haziq dipanggil sendiri oleh Doktor Joseph, Ketua Jabatan Oftalmologi dan pakar perunding mata . Setelah meneliti laporan daripada bilik 14, doktor hanya maklumkan perlu lebih rangsangan untuk Haziq for the first 6 critical years ni. Memang nampak perkembangan tindak balas yang cukup baik. Keadaan retina diperiksa sekali lagi, seem to be normal tapi masih perlu bantuan mata khasnya. Rasanya bilik inilah pertemuan paling cepat berbanding pesakit-pesakit lain. Setelah selesai pemeriksaan dan konsultasi, Haziq perlu datang sekali lagi untuk melihat perkembangan matanya setahun daripada tarikh pertemuan.

Selesai urusan, kami terus balik dan singgah di Tangkak untuk berbuka sebab masing-masing dah tak larat. Bawak kereta dah macam lari berganti-ganti. Ayah mengantuk, mama ambil alih. Mama mengantuk, ayah pula take over. Dah nak sampai waktu berbuka, dapat pula panggilan daripada abah menyatakan ibu dimasukkan ke wad kerana tekanan darah tinggi. Aduh….macam mana ni…esok nampaknya salah seorang kena korban bercuti untuk jaga anak-anak. Lagipun masih tak tahu hingga bila ibu akan ditahan. Tekanan darah tinggi sewaktu mengandung……takut mama mendengarnya. Akhirnya, mama hubungi Ketua Jabatan memohon cuti kecemasan dan terangkan keadaan sebenarnya. Mujurlah sangat KJ amat memahami. Terima kasih banyak-banyaklah En Rosli….jasamu dikenang………Ayah tak boleh nak cuti sebab masih belum lapor diri di unit baru setelah ‘reshuffle’ besar-besaran juruteknik minggu ini. Lagi pula kena standby dengan program JRKV pada hari Rabu. Khamis dan Jumaat..pandai-pandailah kami…..

Untungnya kalau mama dapat ambil cuti rehat untuk betul-betul berehat. Tak pernah! Cuti yang mama ambil pasti kerana menjaga anak di rumah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. MC pun kalau dah betul-betul tak larat. Punyalah lama tak ambil MC, sampai ada satu kali tu, nak isi borang MC pun lupa..huhuhu…Nampaknya kali ni sekali lagi mama dapat ‘cuti rehat’…..rehatlah sangat kan..kan….Demi Haziq mama rela………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s