Baju Haziq dah kemas…..

Hari ni mama terasa sangat mengantuk sebab malam semalam mama tak tidur. Menyiapkan tempahan jahitan manik sejurus sampai dari kampung jam 1.30 pagi kerana urusan Rahimi yang perlu ambil gas di Hospital Segamat kerana serangan asthma. Masuk kelas mujurlah tak tertidur sebab mengajar pelajar mama topik sulaman manik hari ini. Hilanglah mengantuk sekejap….Lepas tu kepala terus ting tong..ting tong….Kelas belah petang pula sampai pukul 5.45 memandangkan dah diawalkan sedikit…Habis kelas, mama terus balik. Kebetulan ayah pun baru sampai ambil Haziq dari rumah ibu. Mama nak keluarkan Haziq dari dalam kereta. Tiba-tiba mata mama tertancap pada bungkusan pek pampers di tempat duduk belakang.

“Tu pampers siapa pulak tu?,” mama bertanya pada ayah yang lalu di sisi mama. “Hmmm…itu pampers lama Haziq”, jawab ayah. Ibu dah siap-siap kemas baju Haziq masuk plastik untuk dipulangkan. Yang tinggal pun baju untuk 3-4 hari sahaja,”sambung ayah. Alahai syahdu, sebak mama dengar…Ibu mesti rindukan Haziq kan. “Hmm…memang itulah kata ibu dia, rindunya entah macam mana bila Haziq tak ada nanti,” ayah menyambung kata. Itu ibu dia…mama sendiri dapat rasa seoalah-olah kasih yang dah bertaut selama tiga tahun ni direntap tiba-tiba. Entah macam manalah pulak Haziq dengan ibu Nora nanti.

Sengaja mama biarkan plastik baju Haziq dan bungkusan pampers itu begitu sahaja tanpa disentuh. Nak sentuh pun rasa sebak…Nanti-nantilah……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s