Haziq di rumah ibu baru….

Sejak Isnin lepas Haziq dihantar ke rumah pengasuh baru, Ibu Nora. Bagi hari pertama, mama dah siapkan masak nasi Haziq awal pagi supaya senang nanti Ibu Nora hanya perlu suapkan Haziq sebelum mama ajar cara nak masak nasi Haziq. Nampak gaya macam ok tetapi…dalam pukul 10.30 mama dapat panggilan dari ibu Nora mengatakan Haziq tak mahu makan. Diketapnya bibir bila disuakan nasi. Mama pun bergegas ke sana. Mama lihat botol susu Haziq dengan air suam. Rupanya Ibu sulamkan Haziq makan dengan air. Memanglah dia tak mahu makan sebab kebiasaannya kalau makan nasi, Haziq akan makan nasi sahaja hingga habis. Sejam atau sejam setengan lepas makan baru diberikan susu. Dah memang terbiasa begitu. Haziq ni pun satu, agaknya dia tahu tangan orang lain yang menyuapkan dia jadi dia mungkin belum begitu serasi. Bila mama datang dan ambil alih menyuapkan Haziq makan, eh…senang aje dia buka mulut untuk nasi masuk ke kerongkongnya. Menggeleng kepala ibu Nora dibuatnya.

“Haziq memang macam ni lah kak, kena tahan sikit, kena sabar sikit bila nak bagi makan. Lagipun ini kan hari pertama, mungkin dia baru nak belajar-belajar kenal dan sesuaikan diri,” mama menjelaskan. Mama faham, ibu Nora mesti risau kalau Haziq tak makan, yelah jaga anak orang mesti macam-macam yang difikirkan. Takut orang kata tak bagi makanlah,tak banyak sedikit pun mesti risau…Haziq ni pun macam tau-tau je rumah baru, masa nilah dia nak kembung…masa nilah dia belajar-belajar merengek.

Sebelah petang katanya dapatlah makan sikit. Ibu bagi susu tambahan supaya Haziq tak lapar. Mama tak kisah sebab Haziq masih dalam proses sesuaikan diri. Dapat susu pun insyaAllah kenyang. Balik rumah, mama ‘sekolahkan’ Haziq. Tak putus-putus mama membebel. Nak kata membebel sangat tu tidaklah tapi sering mengingatkan Haziq tentang pengasuh baru. Haziq perlu diingatkan supaya belajar menerima persekitaran yang baru. Mungkin orang lain pelik kalau mama membebelkan Haziq tapi mama perlu bercakap dengan Haziq macam mama bercakap dengan kanak-kanak seusianya. Mama tak mahu bercakap dengan Haziq seolah mama bercakap dengan bayi. Alhamdulillah, keesokannya nampak ada sedikit perubahan. Haziq dah nak makan, tak adalah ketap-ketap bibir. Menyusu pun alhamdulillah tak ada masalah cuma dua tiga hari ni Haziq macam ada masalah nak sendawa. Kembunglah sikit perutnya. Mujur tak meragam…

Bila balik rumah, mama pujilah Haziq sebab jadi anak yang baik. Menjaga Haziq sebenarnya sangat mudah, cuma perlukan kesabaran yang tinggi. Biasalah, anak istimewa, penjagaannya juga istimewa, perhatiannya juga istimewa walaupun pada hakikatnya kelihatan layanan yang diberikan sama sahaja dengan abang dan kakaknya. Mudah-mudahan Haziq terus betah tinggal dengan pengasuh barunya……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s