Haziq angkat punggung!!!!!

Sejak malam semalam punyalah Haziq nyenyak tidur…ini pun masih tidur setelah bangun pukul 6 pagi tadi minum susu. Sebenarnya dah tau dah tengah malam tadi Haziq bising jugak, bangun sebab haus tapi mama buat ‘dek’ aje….Bukan apa, dah 3 tahun, saja nak ajar Haziq supaya tak bangun malam. Pattern Haziq ni walaupun dia haus..kalau tengah tidur jangan kejut. Memang dia mengamuk, menangis dan tahan-tahan nafas. Itu yang lemah tu…Jadi, biarkan dia bangun sendiri dan siap-siap stanbykan susu.

Pagi ni dah agak-agak Haziq bangun, mama dah siapkan susu. Elok je dia celik mata, mama buka lampu. Tersengih-sengih dia kalau nampak cahaya. Mama tengok pampers Haziq dah penuh, tukar dululah. Elok je nak tukar tiba-tiba….eh…..Haziq angkat punggung!!!!!! Alamak tak sempat nak ambil gambar, sekejap sangat!!!. Mama punyalah usha nak suruh Haziq angkat punggung lagi, apakan daya….tak mahunya dia….satu lagi ¬†perkembangan positif Haziq…alhamdulillah…..

Cuma tulah, kesian pada Haziq sebab otot lehernya masih lagi lembik. Bila lembik, dia tak boleh control kepala. Bila kepala masih tak boleh control jadi pergerakan yang lain juga menjadi perlahan. Perkembangan sebelum ni, Haziq dah mula angkat-angkat kaki nak berdiri..suka benar kalau didirikan walaupun lenguhlah jugak tangan kena tahan lututnya nak bagi kaki tegak…alhamdulillah Ya Allah. Sekarang mama kena berusaha lebih kuat untuk bagi kepala Haziq kuat..sabar ye sayang…..Walaupun doktor sendiri tak boleh beri jaminan bagaimana perkembangan Haziq seterusnya, memang mama dan ayah kena main peranan kalau nak perkembangan Haziq berkekalan….semoga Haziq terus kuat, terus tunjukkan perkembangan supaya mama boleh terus mencari alternatif terbaik untuk bantu Haziq……..luv u sayang….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s