Kunjungan Baby Q….

Hari ini Haziq terima kunjungan raya dari Baby Q (Puteri Nur Iman Qasrina) dari JB. Ini juga kali kedua mama bertemu baby Q. Kali pertama waktu seminar celik PIPI di Monash University awal tahun ni. Hmm…makin chubby Baby Q. Baring sebelah Haziq. Boleh pulak mama terlupa nak ambil gambar dua orang anak istimewa yang ada di rumah ini tadi. Bukan senang nak dapat anak istimewa duduk baring sama-sama. Kerana anak-anak inilah, terjalin hubungan antara mama dengan ibu bapa Baby Q, boleh berkongsi cerita dan boleh berkongsi pengalaman…Indahnya aturan yang dah Allah tetapkan buat kami melalui anak-anak ini…

Walaupun tak lama Baby Q di rumah ini, entah kenapa bila tengok budak-budak macam ni, hati kecil mama tenang sekali….Haziq pun boleh tersenyum-senyum walaupun hari ni dia buat hal sikit, taknak sendawa lepas minum susu. Biasanya tak ada masalah…paling lama pun 15 minit, ni dekat setengah jam baru nak sendawa, itu pun sikit aje. Agaknya ada anak dara kat sebelah, dia tunjuk herolah tu…hihiihihi Haziq…Haziq…….

Baby Q pun mama pasti adalah anak yang baik, yang tak banyak ragam, insyaAllah. Tengok tadi rileks aje baring sebelah Haziq, tak meragam langsung……geram tengok chubbynya dia. Mama boleh bayangkan hebatnya mama Baby Q…mana tidaknya, Haziq yang baru 11kg pun mama dah boleh rasa muscle macam nak timbul, dah boleh rasa lenguh, inikan pula Baby Q yang baru setahun lebih, dah 15kg. Mamanya comel aje..tak hebat ke kalau boleh dukung anak sechubby Baby Q? Bagi mama, cukup hebat!!!!!…

Semoga kunjungan ini tak terhenti di sini…mana tahu akan datang akan terjalin lebih banyak persahabatan dengan ibu bapa yang sama kondisinya dengan mama…kerana hanya kami yang memahami apa yang kami lalui dan apa yang kami rasai….orang lain hanya mampu menghulur simpati, empati?? hanya yang berada di dalam ‘kasut’ kami sahaja yang dapat menjiwainya…..

Terima kasih Baby Q, Mama Nur Khairiyah, suami dan anak bujangnya yang sudi singgah di teratak Haziq…..lain kali jangan segan-segan singgah kalau ada di sekitar Pasir Gudang ye…kalau ada yang nak tahu siapa baby Q, bolehlah layari blog ini http://diarymamauntukaku.blogspot.com.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s