Apa perasaan saya?

Baru hari ni saya nak berkongsi rasa hati..selalu cerita pasal Haziq sahaja. Bagaimana bermula ujian kami berdua (saya dan suami)? Waktu tu Haziq sangat muda, baru berusia dua hari. Sebelum tu lagi rupanya Haziq dah berikan ‘hint’ bahawa kandungan saya sebenarnya bermasalah tapi saya tak perasan. Kalau dulu, saya masih boleh pakai baju kurung sehingga usia kandungan tujuh bulan tetapi bila mengandungkan Haziq, umur kandungan 4 bulan, Haziq dah mengeras. Saya pun pelik, rasanya macam dah sarat hingga memaksa saya memakai baju mengandung seawal 4 bulan!.

Bila Haziq mengeras, saya rasa mungkin ‘terselit’. Baby kan rajin menyelit-nyelit. Saya pergilah urut betulkan kedudukan. Alhamdulillah lepas tu ok dan hingga Haziq lahir memang tak ada masalah. Cuma saya perasan juga, Haziq paling susah dilahirkan, bagi mamalah kalau nak dibandingkan dengan kakak dan abangnya. Waktu anak sulung, saya hanya meneran sekali. Waktu sofiyah lahir, saya teran dua kali. Haziq? berkali-kali…..Walaupun tempoh  dalam bilik bersalin paling singkat, 15 minit sebelum Haziq menjengah dunia, saya terpaksa meneran 4-5 kali dan akhirnya terdengar tangisan Haziq. Perasaan saya? Gembira walaupun pada detik itusuami tak sempat berada bersama-sama kerana berpatah balik ke rumah setelah setengah hari menemani saya di hospital kerana menyerah diri disebabkan haziq yang kurang bergerak. Suami pun tak jangka saya akan bersalin begitu cepat.

Saya memang seorang ibu yang lasak. Sehari lepas bersalin, kami terus balik ke kampung untuk menjalani tempoh berpantang dan berurut selama seminggu. 3 jam perjalanan dari Hospital Sultan Ismail ke Segamat bukanlah masalah bagi saya. Alhamdulillah saya sihat seadanya. Suatu detik ketika di kampung, saya kaget melihat mata Haziq tiba-tiba naik ke atas hingga nampak mata putih sahaja. Waktu itu saya memang panik. Mak pula panggilkan imam kampung. “Hmmm..tak ada apa-apa katanya, kena angin agaknya berjalan jauh semalam”..Lega sekejap hati saya.

Dua hari selepas tu, eh ada lagi! Kemudian ada lagi! Saya semakin tak keruan. Hari kelima, saya bawa Haziq ke poliklinik dan betul-betul di depan doktor, Haziq diserang sawan. Bermulalah episod keluar masuk hospital. Bermula jugalah juraian air mata yang mengalir di pipi kami berdua. Kami saling berpelukan menangis, saling memberikan semangat, saling berkongsi duka pada ketika itu dan keadaan Haziq rupanya tambah menguatkan ikatan kasih antara kami suami isteri.

Syukur alhamdulillah saya dikurniakan suami yang sangat baik, sangat memahami dan tidak meninggalkan saya sendirian dalam kondisi Haziq yang begitu. Hilang proses berurut, hilang jugalah amalan berpantang dek kerana berulang-alik ke hospital. Entah berapa kali saya bentan sepanjang tempoh berpantang yang selama itu tidak pernah saya rasai. Hampir hilang semangat dibuatnya…Hidup kami dirasakan tunggang terbalik waktu itu. Tak pernah menyesali takdir tetapi kami cuba menyesuaikan diri, cuba mengadaptasi dengan situasi baru yang kami hadapi dan belajar menerima ujian Allah dengan berlapang dada.

Siapa yang mahu anaknya tidak sempurna? Semua ibu bapa inginkan anak yang sihat, comel, gebu dan keletah. Tapi saya selalu mengingatkan diri bahawa tidak semua yang kita inginkan kita akan perolehi. Kita kena bersyukur. Masa tu suami sentiasa mengingatkan saya bahawa bila Allah uji kita, maknanya Allah ingat kita, Allah sayang kita. Dia tahu kita mampu melalui ujianNya, sebab itu kita yang terpilih. Masa tu, hanya Dialah yang Maha Mengetahui perasaan kami berdua….bermula jugalah episod suka duka antara kami anak beranak dengan hadirnya Aiman Haziq Super Kid Mama ni……

One thought on “Apa perasaan saya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s