Asyik nak berbual….

Waktu ambil Haziq di rumah pengasuh semalam, pengasuhnya ada memberitahu yang mulut Haziq asyik bising sahaja semalam. Sampai sahaja saya di rumah pengasuh Haziq dan memanggil namanya, Haziq terus je menjawab err….err….Hmm tahulah saya, bisingnya tu nak mengajak berbuallah tu. Terus saya beritahu ibunya yang semenjak dua menjak ni Haziq memang rajin nak ajak kita berbual. Saya pun rajin bersembang dengan dia macam biasa. macamlah Haziq tu boleh faham tapi saya anggapkan sahaja yang Haziq tu faham apa yang saya perkatakan.

Balik rumah, sambil-sambil menonton Upin dan Ipin, mulutnya asyik berbunyi aje…Saya pun sekarang ni selalu ajak Haziq berbual supaya Haziq selalu mengeluarkan bunyi suara. Bila selalu berdiskusi dalam group Super Mum, banyak benda baru yang saya belajar. Sekarang ni tumpuan saya supaya Haziq boleh belajar bercakap. Saya selalu bacakan alif, ba, ta….perlahan-lahan. Walaupun Haziq tak boleh nak bercakap, sekurang-kurangnya saya nak dia dengar bunyi-bunyi pembelajaran yang baru setiap hari. Mana tahu rezeki Haziq boleh bercakap satu hari nanti kan…..

Kadang-kadang saya menyanyi..kadang-kadang saya bercerita, kadang-kadang saya marah dia..macam budak-budak biasa je saya buat. Bagi saya walaupun Haziq tu istimewa, dalam sesetengah keadaan saya akan treat dia macam budak biasa. Saya tak mahu nanti Haziq terlalu manja, terlalu bergantung kepada mama dan ayahnya….biarpun perkembangannya sedikit…lama-lama saya yakin akan jadi bukit…..maksudnya mungkin hari ini perkembangannya sikit..esok-esok mana tahu makin berkembang…….Aminn…

Walaupun penant mulut saya ni asyik nak bercakap aje, saya puas…Biarlah orang nampak pelik kalau dalam kereta pun saya bersembang. Biarlah orang kata Haziq tak faham, tapi saya tetap anggap haziq faham sebab hanya saya yang tahu bahawa haziq faham setiap bait pertuturan saya. cukup sekadar Haziq menjawab err…atau melemparkan senyuman. Itu dah cukup membuatkan saya yakin bahawa Haziq masih punya harapan untuk berkembang……..dan itu juga menyulam bahagia di hati saya…

Jom kita sembang dengan anak-anak kita…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s