selesemalah pulak…

Pagi ni Haziq bangun pagi dalam keadaan tenang, senyum aje sebab malam tadi nyenyak sungguh tidurnya. Maklumlah, malam semalam tidur agak lewat. Pukul 10 lebih baru tidur. Biasanya pukul 9 lebih dah menjengah alam mimpi. Agaknya sebab dibawa beraya semalam, kemudian ada pula kawan-kawan ayah datang ke rumah, budak-budak biasalah kan suka bising-bising..tu yang lambat tidur tu. Macam biasalah, bila dah bangun pagi, senyumnya sekejap aje sebab dah haus. Sebelum dia menyanyi…mama dah siapkan awal-awal susu.

La…tengok-punya tengok…ada hingus kering di hidung Haziq. Ala..selesemalah pulak….Sejak Haziq makan TF setahun lepas, Haziq tak pernah kena selsema rasanya. Agaknya sebab cuaca pun sejuk dua-tiga hari ni, tambahan pula malam tidur bertemankan penghawa dingin, maka selsemalah Super Haziq….Apa yang kesiannya bila selsema, nak  minum susu pun tak selesa. Kena jaga-jaga sebab susu mudah masuk ke saluran hidung dan menyebabkan kemungkinan tersedak susu. Walaupun umurnya dah tiga tahun tetapi perkembangannya yang masih macam baby 4 bulan menyebabkan perhatian lebih kena berikan sewaktu dan selepas menyusukan Haziq. Kadang-kadang dah sendawa pun boleh tersedak susu. Sebagai super mak…pastinya bila kondisi anak tak berapa stabil kita akan risau. Ala..setakat selsema, sikit aje…Eh….itu orang lain tapi bukan pada super-super mak yang ada anak-anak syurga….betul tak? Kalau setuju, sila angkat tangan macam sayer..(gaya Usop Whilcha ye) ..kikiki

Selsema ke, demam ke, semuanya kena risau. Hanya kerana susah nak bernafas, Haziq boleh kena sawan. Pagi ni je dah dua kali tahan nafas. Kesian dan sedih melihat betapa sakitnya tubuh kecil yang tak mengerti apa-apa tatkala berdepan dengan ujian yang entah mampu tertanggung dek tubuhnya atau pun tidak. kalau orang lain yang tak pernah menyaksikan anak kecil diserang sawan mungkin tak sanggup melihatnya. Inikan pula kami, kita yang memang berhadapan dengan situasi sebigini setiap hari….hmmm alahai super Haziq mama…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s