Masa mandi….

Haziq sekarang ni dah lama tak mandi di sinki. Agaknya sebab badan dah meninggi, rasa tak selesa sebab kalau di sinki kena lipat kaki, macam duduk antara dua sujud, dua-dua kaki terlipat ke belakang. Jadi mama tukarkan gaya mandi, masuk dalam besen bulat. Bila mula-mula nak hantar Haziq ke rumah pengasuh baru, mama fikir macam mana nanti Haziq nak mandi? Kebetulan nampak besen panjang semasa di kedai 2 ringgit tapi taklah harga besen tu 2 ringgit……..mama pun belilah…

Nampak Haziq selesa mandi dalam besen tu. Mula-mula taknak juga dilepaskan sendiri. Saya paksa aje sebab nak bagi Haziq kuat dan berdikari kononnya…Saya pun cuba-cuba nak bagi Haziq main-mainkan kakinya ala-ala berenang. Tangannya saya letakkan di bahagian hadapan supaya dia boleh tahan badan dan cuba imbangkan kepala. Tetap dengan pengawasan sebab takut-takut tiba-tiba aje dia terbalik…silap-silap boleh lemas pulak…Nak masuk dalam mesin basuh, mesin automatiklah pulak…kalau ada ruang spin tu boleh dipertimbangkan macam kawan-kawan super mum buat tu….hihihihi…..

Jom kita tengok gaya Haziq di bilik mandi….

mula cemik...

 

 

nangis dah......

dah boleh lepas dah....

rehat kejap..letihlah ma....

aha.....balance...balance...

Sedikit gaya Haziq di bilik mandi yang sempat mama abadikan dalam handphone mama…sambil-sambil mandi, boleh buat latihan menguatkan otot tangan, kaki dan leher. Tiga dalam 1……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s