Bijak betul super kid mama nie….

Sekadar nak berkongsi lagi perkembangan Haziq. Pagi tadi pukul 3 pagi seperti biasa Haziq akan menjerit kalau dia haus. Mama mengantuk sangat..mama pun kejutkan ayah mintak tolong ayah bagi susu. “Abang buat, sayang bagi eh..”, kata suami dalam mata yang kelat-kelat disuruh bangun. “Abang buat…abang bagi….sayang mengantuk sangat ni, mata tak boleh bukak,”..kata mama. Ayah pun tanpa merungut bangun dan buatkan susu Haziq.

Selepas 5 minit, ayah masuk bilik dan angkat Haziq, suakan susu. Tiba-tiba terdengar bunyi macam Haziq nak muntah. Hmmm…dah taulah mama trick Haziq. mama pun dengan mata yang kelat tapi terpaksa dibesarkan bangun dan tengok Haziq. Diketap-ketapnya bibir tak mahu minum susu. Ayah dah tersengih sebab juga tahu trick Haziq sekarang.

Tanpa berlengah, mama ambil Haziq dari pangkuan ayah. Mama cuma kata, “Haziq, susu…”. Dengan senang ibarat a,b,c..Haziq membuka mulutnya menerima suapan susu dari mama. Hmmm….dah tahu sangat trick dia yang satu ni. Sejak dua menjak ni, kalau Haziq tahu mama ada di rumah, meskipun ayah suakan susu, langsung tak mahunya dia…ditutupnya mulut, diketapnya bibir, paling best..buat-buat nak muntah. Bijak kan super mama ni…Ayahlah paling suka sebab boleh sambung tidur..hua……

Dalam pada bijaknya, ada sesuatu yang merungsingkan mama. Sejak memulakan semula pengambilan ubat homeopathi, dah dua atau tiga kali Haziq tahan nafas hingga kebiru-biruan sampai lembik dan mama naik takut. Adakah kesan ubat tersebut atau memang naturenya akan diserang sawan sebegitu tanpa mengira masa? Mama masih bingung…..Tapi mama tak mengalah, mama teruskan juga pengambilan ubat homeopathi tersebut. Sayang kalau nak hentikan sebab tak tahu lagi sejauh mana keberkesanan penggunaannya pada Haziq. Moga mama diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh hari-hari bersama super kid yang sangat mama sayangi ini….

 

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Bijak betul super kid mama nie….

    • yang tak tahan tu siap ada adegan ala2 nak muntah tu…..elok je mama hulur tak banyak cerita terus minum….tak ke bijak….hihihi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s