Haziq dan standing frame

Salam semua…entri kali ni mama cuma nak share satu lagi tool yang dapat bantu Haziq untuk berdiri walaupun Haziq tak suka. Untuk super mum Nur Khairiyah….inilah hasilnya…dah lama nak tunjuk tak dapat-dapat…..Lepas siap dan staplekan kainnya baru dapat upload gambar…..

Standing frame ni super dad punya inovasi. Walaupun tak hebat mana, dapatlah kurangkan kos sebab gunakan bahan terbuang aje…kata super dad….kos yang keluar pun tak banyak, cuma cover dia tu jek dengan kain jenis kain langsir yang mama beli di bahagian kain-kain lebih. Mama cukup bersyukur dengan habit yang ditinggalkan arwah ibu mertua….kalau pergi kedai kain, tuju tempat kain-kain lebih dahulu. Tapi kena pandai pilih…banyak kain yang boleh digunakan. Kat rumah ni banyak jugak kain yang dibeli tapi belum tahu nak guna untuk apa..hihihihi……sesiapa yang nak kain untuk buat sarung kusyen, rasanya dua-tiga pasang tu cukup tu….kalau dapat dengan harga RM1 semeter, murahlah kan…….kainnya pun elok, mama pun ‘sebat’ ajerlah……

Berbalik cerita standing frame Haziq…apa yang membuatkan mama menggesa ayah untuk siapkan juga sebab Haziq dah mula melonjak-lonjakkan kaki seperti nak berdiri, cuma tak boleh berdiri tegak. Sekurang-kurangnya dengan ada standing frame ni boleh bantu Haziq berdiri dengan lutut yang tegak disokong dengan fabrik di bahagian lutut, pinggang dan dada.

Ini bahagian belakang..super dad nyoroks.....

Yang ini pula bahagian bawah standing frame:

bahagian kaki

Yang ini skru yang boleh bukak. Bila nak pasang, bukak dan turunkan frame. Letakkan super kid, angkat dan pasangkan semula skru…

skru yang boleh bukak supaya boleh turunkan frame..

Ini muka Haziq bila dah siap didirikan. Gambar penuh belum lagi…

mula-mula....

Yang ni bila dah mula menyanyi…

mula menyanyi.....

Mama dera Haziq…….tak mahu……

tidak!!!!!!!!!

Yang biru tu mama punya strapper ikat perut konon-konon nak bagi perut kempis….hiihihihi…akhirnya mama fikir boleh digunakan di standing frame. Bolehlah pakai tapi yang di bahagian dada tu tak sesuai bila dah letakkan Haziq. Badan Haziq boleh melentur ke depan. Akhirnya mama jahit lagi dua keping kain seperti di bahagian lututnya dan diletak di bahagian dada. Lebih kemas dan Haziq pun tegak aje badannya. Tapi tak ada pulak mama ambil gambar bila dah pakainya…Tak ada can nak melentur badan. Bab menangis takyah ceritalah…kalau bukak sliding depan, mesti jiran-jiran ingat mama dera Haziq..Mama selalu ingatkan Haziq yang mama nak bantu Haziq dan Haziq kena bersedia dan kuat…nangislah..ada mama kesah????? Semoga Haziq terus kuat ye sayang…lepas ni banyak lagi yang Haziq kena lalui…Mama rasa tak lama lagi rumah ni boleh jadik medical gym…..hihiihi

2 thoughts on “Haziq dan standing frame

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s