Alamak…..terlepaslah!!!!!

Adu..du…du..du..du..du…du….kenapalah mama boleh terlepas appoiment Haziq bulan lepas??? Temujanji fisioterapi pula tu!!!!!!! Entah apalah yang mama fikirkan sampai boleh terlepas temujanji Haziq. Maaf ye Haziq…mama tak sengaja sayang……call fisio…dapat tarikh baru tapi…….tahun depan!!!!!! adu..du…du..du…du..du…..

Nampaknya mama kena menggiatkan usaha buat exercise untuk Haziq sendiri di rumah. Oleh kerana kelas mama cuma 5 hari dalam tempoh 3 tahun (hihihihi)…maknanya, akan ada masa lebih untuk fokus pada Haziq..kena!!!!! supaya Haziq tak tertinggal menunjukkan peningkatan. Go mama!!!!

Mama akan pastikan Haziq akan berdiri secara paksa di standing frame, mama dah plan nak beli giant pool supaya mama boleh join Haziq berenang…lepas tu mama akan kerap pakaikan Haziq mata nombor 2…tengok Haziq suka je pakai mata bantuan tu akhir-akhir ni….lepas tu…mama akan lebih giat gunakan peanut ball tu, jiggler…..stroller untuk duduk depan tv…..kenapa? supaya mama tak terlepas momen-momen yang indah dalam hidup mama!!!!!!

Mama bahagia dengar Haziq ketawa mengelekek kalau digeletek, kadang-kadang terdedah cahaya pun Haziq gelak…kadang-kadang sembang-sembang pun Haziq gelak. Mama tau Haziq tak tahu nak balas mama sembang macam mana, tapi mama yakin Haziq faham…Tak apalah mama kena berkorban..mana nak belajar, mana nak fokus pada Haziq…mana nak uruskan anak-anak yang lain…Pengorbanan itu pastinya sesuatu yang dijanjikan imbalan yang setimpal dengan ikhlas dan redha…..Mama taknak tertinggal saat-saat suka, duka bersama Haziq yang belum tentu esok akan sama seperti semalam kan….

Taknak terlepas momen merenung nyenyaknya Haziq tidur dengan kaki terkangkang, kang dia menjerit bila tiba-tiba terkejut….takpun…seronok tengok gaya Haziq merah-merah muka bila nak melunaskan tuntutan semulajadinya..Banyak momen yang pasti takkan berulang lagi…tak mo terlepas lagi!!!!!!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s