Haziqlah yang paling kaya…..

Tentu mama pernah cerita macam mana kalutnya mama bila pengasuh Haziq beritahu tak dapat jaga Haziq sebab mengandung satu ketika dulu kan? Tersentap mama sehari dan alhamdulillah…Allah mudahkan urusan mama bila ada hamba Allah yang sudi menjaga Haziq. Dah dua bulan Haziq bertukar tangan daripada ibu lama ke ibu yang baru. Mula-mula tu biasalah meragam sikit, nak sesuaikan dengan tempat barulah katakan…..La ni alhamdulillah..tak ada masalah. Badan pun dah makin naik, pipi gembol…dah makin cerdik…..maknanya, ibu baru jaga dengan baik…….

Petang tadi ayah call beritahu balik lewat sebab terpaksa settlekan masalah di bilik persidangan tempat kerjanya. Esok ada mesyuarat penting katanya….boleh pulak PA sistem ada masalah….hmmm….kesian ayah…Jadinya, mama kena ambil Haziq, lepas tu ambil kakak Haziq di rumah pengasuh lama. Sengaja mama ambil Haziq dulu supaya ibu lama berkesempatan lepaskan rindu pada Haziq…Sampai-sampai aje, anak pengasuh yang sulung dah menunggu. Suka benar si abang long sebab dah lama  tak tengok Haziq. Didukungnya..berbual-bual..diciumnya, sebak pulak rasa. Takkan nak menangis pulak..tak cun!!! Kebetulan ibu sedang solat waktu tu.

Usai solat, ibu terus terkam Haziq..dicium-ciumnya Haziq. Haziq mula-mula nampak macam terpinga-pinga, matanya meliar..agaknya dia pernah nampak rumah ni tapi bila agaknya yek????…Lama-lama bila dah dengar suara ibu…Haziq mula tersenyum. Mula nak menyahut bila diajak berbual…walaupun tak keluar butir bicara, cuma bunyi saja, mama yakin Haziq sebenarnya cuba membalas apa yang diperbualkan. Seronok pulak mama lihat kedua beranak tu yang dah lama tak berjumpa. Yelah, 3 tahun ibu jaga Haziq, belai, suapkan dengan air tangannya..tak semudah itu Haziq akan lupa…..

Bila ibu tanya “mana pintu depan..?”..Haziq terus menoleh. Tepat!!!!!!! Pandangannya terarah ke arah pintu hadapan. Sahlah Haziq masih ingat lagi dengan rumah ini. Bila diacah diajak main di padang, terus aje Haziq menginjak-injakkan kakinya seolah tak sabar nak dibawa ke padang seperti lazim yang dilakukan ibu. Paling sebak bila melihat ibu usap…belai-belai kepala Haziq…tengok Haziq terkejam-kejam matanya seolah menikmati belaian tangan ibunya dengan sesungguhnya…Terus mata mama terasa hangat. Rasanya ibu perasan mata mama tiba-tiba mulai merah tapi mama tahan.

“Untung Haziq..tengok ibu manjakan Haziq”, terkeluar pulak ayat dari mulut mama. “Haziqlah paling untung ada dua ibu, satu mama. Paling kaya ibu, paling kaya kasih sayang,” tambah ibu. Entah kenapa terus sebak hati mama…Mama pun joinlah sekaki usap kepala Haziq. Ye..Haziq memang kaya dengan limpahan kasih sayang…Sampaikan bila nak balik, bila nak ambil Haziq dari dukungan ibunya, Haziq boleh melekap atas bahu ibunya seolah taknak langsung berenggang. Kepalanya dibenamkan dibahu ibunya, kejap, seolah taknak dilepaskan. Kakinya menolak-nolak tanda enggan dipisahkan. Lagilah sebak mama nak ambil.

Ibunya pujuk..”Haziq kena balik dulu ye..nanti senang-senang datang rumah ibu,” tapi Haziq masih enggan dipisahkan. Akhirnya, ibu pusingkan badan Haziq menghadap mama dan mama ambil Haziq. Menangis Haziq…Kenalah mama pujuk dengan berjanji bahawa akan bawa Haziq bertemu ibu kalau berkelapangan. Barulah Haziq nampak tenang…Hmm..penangan kasih sayang ibu kan…walaupun hanya pengasuh..tetapi tetap seorang ibu bahkan ibu yang hebat buat anak mama. Kadang-kadang mama cemburu juga bila ibu lebih hebat dalam aspek penjagaan anak-anak mama tapi mama yakin sehebat manapun seorang pengasuh, naluri ibu itu paling kuat. Kasih sayang ibu itu tiada taranya, tiada tandingannya. Namun, mama amat berterima kasih pada ibu yang menjaga Haziq seperti anaknya sendiri.

Anak-anak syurga ini memang boleh merasakan ketulusan kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka. Mama percaya itu. Mereka punya sense yang cukup hebat, cukup kuat untuk menilai kasih sayang yang diberikan oleh insan-insan di sekeliling mereka. Mama akan berikan sepenuh kasih sayang buat Haziq. Mama mahu Haziq terus kaya dengan kasih sayang…Mama takkan biarkan Haziq dibelenggu kemiskinan kasih sayang kerana kasih sayang itulah yang memberikan kekuatan untuk Haziq terus bangkit dan berjuang…I love you sayang………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s