Lapangkanlah kami Ya Allah…

Bersyukur kerana kami yang terpilih untuk menerima ujianMu Ya Allah. Bersyukur kerana Kau ingat kepada hambaMu yang penuh dengan dosa ini. Bersyukur kerana Kau memberi peluang kepada kami untuk terus berkasih sayang. Bersyukur kerana Kau menghadiahi kami dengan rasa cinta, pengertian dan pengorbanan yang tidak dirasai oleh orang lain di luar sana. Bersyukur kerana Kau sentiasa memberikan kami kerendahan hati dalam menempuh ujian ini. Bersyukur kerana kami mempunyai insan-insan yang menyokong di sekeliling kami Ya Allah.

Kau lapangkanlah jalan kami, Kau mudahkanlah urusan kami. Kau berkatilah setiap rezeki yang Kau takdirkan untuk kami. Kau peliharalah kami daripada sebarang musibah. Kau satukanlah hati-hati kami dengan ikatan cinta yang  kekal, Kau kuatkanlah semangat kami, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang Kau redhai…

Sesungguhnya anak kecil itu adalah hadiah yang tiada taranya bagi kami. Hadirnya bak cahaya yang menyinari kami. Tangisna adalah sendu, sebak dan pedih di hati kami. Senyum dan tawanya adalah bahagia yang tidak terperi. Biarpun bibirnya tidak menutur kata, biarpun tangannya tidak terasa sentuhan, biarpun kakinya belum berupaya menjejak lantai bumiMu….segalanya kami terima dengan redha. Kau lapangkanlah urusan kami. Kau mudahkanlah usaha kami untuk memberikan yang terbaik kepadanya.

Andai ditakdirkan suatu detik anak ini bisa berbicara, bisa menapak, bertatih dan berlari,bisa menyentuh lembut pipi insan yang melahirkannya, hanya Kau yang Maha Mengetahui isi hati kami. Kami tidak mengharap simpati kerana manusia memang kaya dengan simpati. Kami mengharapkan empati dan pengertian. Kami dambakan sokongan dan kesaksamaan. Kami inginkan pembelaan dan hak yang sewajarnya demi anak kecil yang tidak mengerti ini. Bukan untuk kami…deminya yang kami cintai………..

P/s: Sekadar perkongsian, amalkanlah Ayat Fatih, ayat seribu dinar agar Allah menghilangkan rasa keluh kesah, mengelakkan dari hutang, menghindar dari dizalimi dan semoga Allah mencukupi kita dengan taqwa…dengan iman…dengan sabar agar kita mampu menjalani hidup ini seadanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s