Episod Rehab sekali lagi

Pagi ni mama bawa Haziq sekali lagi untuk temujanji di klinik pakar Rehab di Hospital Sultan Ismail. Temujanji jam 9.00 pagi. Selalunya mama dah kelam kabut uruskan segala keperluan awal supaya tak tersangkut jem, kali ni mama tenang aje..Ayah pun tak perasan mama kata appoiment pukul 9. Ayah ingat pukul 9.30 sebab tengok mama rileks aje..Belajar dari pengalaman..datang awal pun kena menunggu sejam lebih untuk sampai giliran. Hari ni test datang lewat sikit.

Pagi-pagi mama dah masak bubur Haziq siap-siap. Pukul 7 dah minum susu campur TF, Wajib! Suakan juga ubat homeopathi. Pukul 8.30 baru bergerak dari office ayah. Hari ni mama pontengkan dua-dua orang anak mama. Si abang tak sekolah agama, si kakak pulak tak ke tadika. Tak apalah, lagipun dah hujung minggu persekolahan sebelum cuti. Cuma harap-harap si abang sempat ke sekolah kebangsaan petang nanti.

Sampai di HSI lewat 15 minit daripada masa temujanji. Alhamdulillah pendaftaran tak lama, maklumlah ada gelaran OKU di kad temujanji….ada kemudahan di situ. Terus ke klinik Rehab. Dapatlah giliran nombor 5. Sahlah lama sebab nampak beberapa orang pesakit lain sedang menunggu.

Yang letih bila bawak yang besar-besar nilah, kejap nak pergi toilet,kejap nak makan, kejap disorongnya Haziq sambil berlari. hampir-hampir tercopot jantung mama bila si abang tolak stroller Haziq laju sangat, tak boleh control, sampai senget-senget stroller. Berdegup-degup jantung mama kalaulah Haziq jatuh tergolek…Lepas mama jegilkan mata barulah si abang perlahan-lahan bawa Haziq semula ke depan mama. Anak-anak…………nasib baiklah ada ayah tolong tengokkan si abang dan kakak. Kalau mama sorang,ada silap-silap mama jadik tarzan….

Usai meletak punggung, disapa seorang ibu yang duduk bersebelahan. Lupa bertanyakan nama tapi berasal dari Mutiara Rini. Anaknya Aliff Zakuan, umurnya 3 tahun, sebaya Haziq. Ada masalah GDD dan ciri-ciri autisme katanya….boleh merangkak tapi masih belum boleh berjalan. Tapi tengok anaknya geram betul, tubuhnya besar berbanding Haziq.Sempatlah memberikan nombor pusat rawatan homeopathi di Desa Rahmat…kaedah alternatif lagi…..tak dapat bersembang panjang, Zakuan dah dipanggil masuk…….

Tunggu punya tunggu punya tunggu…..10.45 baru dapat masuk. Jenuh kan menunggu? Mujurlah mama ada bawak buku….dapatlah baca jugak sikit-sikit. Almaklum le, dah nama pun student…agak-agak ngantuk, sumbat buku dalam handbag serbaguna, semua boleh masuk. Buku nota, botol susu, pampers…..macam kocek Doraemon pulak jadinya.

Masuk aje..alamak….doktornya bukan doktor tempatan. macam Vietnam, tak pun Thailand..Kalau ikut muka macam Myanmar…….hahaha.Namanya ada “Aung’..gitu le…..name tagnya tersorok, dapat jeling sikit-sikit aje…Mama ni punyalah berdoa jangan le Haziq meragam sebab belum makan sedangkan dah lepas waktu makannya. Bukan apa, takut karang muntah..dah payah..Alhamdulillah, Haziq ni macam paham aje doa di hati mama dia ni.

Doktor tu siap buka kamus kecil BM nya sebab masih dalam proses belajar cakap Melayu. Takpelah,mama pun layankanlah dengan bahasa kedua walaupun bahasa mama sendiri tertonggang terbalik. Janji paham sikit-sikit sudahlah. Nampak perkembangan positif pada kaki Haziq lepas dibotoxkan. Walaupun dah lebih 6 bulan, kakinya masih lembut dan boleh ditegakkan. Masih ada peluang untuk improve dengan extra effort  from super mum, kata doktor. Cuma kaki kiri agak stift, itu pun sebab Haziq melawan bila doktor cuba ukur kakinya…

Apa yang bagusnya, hari ni mood Haziq memang betul-betul baik. Boleh tergelak-gelak lagi..macam tak lapo langsung!! Tapi mama janji, kalau Haziq jadi budak baik, abis sesi dengan rehab, mama bagi upah. Hmmm….nama pun budak cerdik, habis je sesi dia mula menuntut janji, tak sabar-sabar masuk kereta dah menjerit. Suakan nasi lembik dengan kurma yang tak lumat,senyap…………habis jugaklah sesenduk setengah Haziq makan sepanjang perjalanan balik. Lepas ni, 3 bulan lagi akan datang semula. Nampaknya time tido kena paksa Haziq terus pakai splint lah nampaknya…..mama dah happy nampak perubahan ini dan terus berharap akan ada perkembangan positif.

Standing frame..tunggu ye..Haziq dah rindu ni…dah lama tak berdiri. Ngeri dia tengok standing frame tu. Letak je melalak…..macam tau-tau nak kena dera…takpe…nak sihat kan? Nak besar kan?Nak main dengan abang kan? So takde manja-manja sangat ye Haziq…………………..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s